Home Liberalisme USAHA LIBERALISME UNTUK BERTINDAK ‘BEBAS’ DALAM HAK BERAGAMA DAN HAK AKIDAH ADALAH...

USAHA LIBERALISME UNTUK BERTINDAK ‘BEBAS’ DALAM HAK BERAGAMA DAN HAK AKIDAH ADALAH CUBAAN UNTUK MENGELIRUKAN UMAT ISLAM

133
0

Islam dari semua perspektif sama ada akidah, syariah dan akhlak mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri, adab dan peraturan yang ketat tetapi fleksibel yang secara asasnya adalah mudah tetapi tidak semudah yang difikirkan. Namun, bagi golongan yang berfahaman Islam liberal, mereka tidak juga dapat menerima hakikat betapa fleksibelnya Islam itu malah ingin memudahkan lagi syariat yang ditetapkan.

Bagi golongan liberal, mereka boleh berkompromi dengan syarak melalui cara mentafsir, mengolah atau menafikan bukti-bukti syarak yang tidak selari dengan pemikiran dan falsafah Barat. Mereka juga menolak autoriti agama dan memberi kebebasan kepada setiap individu untuk berijtihad dalam apa jua permasalahan berkaitan agama sungguhpun mereka tidak memiliki kelayakan atau ilmu pengetahuan. Pengikut liberalisme juga berpandangan bahawa Sunnah Rasulullah SAW hanya relevan untuk masyarakat Arab di zaman Baginda dan ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman kini.

Inilah antara ciri-ciri yang boleh menentukan sama ada seseorang itu mempunyai keberangkalian berfikir secara liberal atau sebaliknya. Indikator rasional dan kebebasan individu yang menjadi asas kepada kefahaman ini menjadi ‘kunci’ bahawa Islam liberal adalah bertentangan sama sekali dengan prinsip dan ajaran Islam. Usaha mereka untuk bertindak ‘bebas’ (tanpa kawalan mana-mana pihak) dalam semua perkara termasuklah hak beragama dan hak berakidah adalah cubaan untuk mengelirukan umat Islam. Justeru itu, berhati-hatilah.

Sumber: Jurnal Islamiyyat, Vol. 41(2)