Home Ateis TEORI EVOLUSI DARWIN DISANGKAL PARA SAINTIS BARAT MEMBUKTIKAN AYAT AL-QURAN BENAR MEMPERLIHATKAN...

TEORI EVOLUSI DARWIN DISANGKAL PARA SAINTIS BARAT MEMBUKTIKAN AYAT AL-QURAN BENAR MEMPERLIHATKAN KEWUJUDAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

436
0

Masyarakat Barat dari dahulu sentiasa berpegang kepada teori Darwin jika dibicarakan berkenaan kejadian manusia. Berdasarkan teori tersebut mereka percaya bahawa manusia berevolusi daripada monyet, kera dan chimpanzee yang akhirnya berevolusi menjadi manusia. Walaupun nampak pelik kerana manusia dikatakan berasal daripada binatang, namun lebih pelik melalui teori evolusi Darwin ini menyatakan bahawa sebenarnya ayam adalah hasil evolusi daripada dinosaur T-rex. Sungguhpun begitu, sangat menghairan apabila manusia sejagat menerima teori ini sedangkan ianya lemah kerana tiada bukti fosil purba.

Kebanyakan kumpulan yang menolak teori evolusi Darwin ini adalah kumpulan-kumpulan agama pada masa itu. Bukan itu sahaja, kumpulan sainstis lebih daripada 1000 orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang saintifik seperti biologi, kimia, matematik, kejuruteraan, sains komputer dan sains semula jadi, malah semuanya memegang M.D (Doctor of Medicine) serta berkhidmat sebagai professor perubatan telah menandatangani petisyen menyangkal teori Darwin. Antaranya:
“meragui dakwaan Darwin bahawa mutase rawak (random mutation) dan pemilihan semula jadi (natural selection) mampu menerangkan kompleksiti kehidupan”
“disebabkan tiada saintis yang mampu menunjukkan mekanisme Darwin mampu menghasilkan kompleksiti kehidupan, maka wajarlah setiap saintis untuk berlaku skeptic kerana ia mendedahkan kesan tidak sihat pengaruh sosial terhadap kajian saintifik” –Ahli Biologi Douglas Axe

Inilah bukti bahawa para sainstis terkemuka dunia pun mahu mengubah ‘status quo’ kedudukan teori Darwin dalam komuniti sainstifik yang menganggap teori tersebut sebagai satu kebenaran agama yang tidak boleh berubah. Di dalam al-Quran secara jelasnya telah menerangkan bagaimana kejadian manusia itu berlaku, malah terbukti dengan kajian-kajian sains. Maka, mengapa lagi mahu disangkal kewujudan dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Pencipta segalanya. Nikmat apa lagikah yang engkau dustakan?

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JUL 2023, fakirilmu.com dan soscili.my