Home Liberalisme UMAT ISLAM MENGALAMI PROSES KECAIRAN IDENTITI AKIBAT TERPENGARUH DENGAN SERANGAN PEMIKIRAN LIBERALISME

UMAT ISLAM MENGALAMI PROSES KECAIRAN IDENTITI AKIBAT TERPENGARUH DENGAN SERANGAN PEMIKIRAN LIBERALISME

93
0

Fahaman liberal terus berkembang sehingga mempengaruhi dunia Islam kerana merasakan manusia kini juga perlu bebas daripada ikatan hukum-hakam yang difikirkan sebagai ketinggalan zaman. Malah keadaan ini dikatakan sudah tidak relevan lagi dalam konteks kehidupan dunia kini memandangkan ia terkongkong oleh tafsiran golongan ulama tradisional. Hal ini jelas menggambarkan bahawa agama hanya sebagai budaya yang boleh diketepikan sekiranya ia tidak menepati apa yang dikehendaki.

Disebabkan oleh itu, umat Islam mengalami proses kecairan identiti dan jati diri Islam apabila berhadapan dengan serangan pemikiran ini. Mulalah munculnya suara yang mempertikaikan peraturan Islam secara terang-terangan seperti pemakaian hijab bagi wanita, pelaksanaan mahkamah syariah, pembahagian harta pusaka, hak menjadi imam dan wali dalam perkahwinan dan seterusnya.

Pandangan seumpama ini mendapat sambutan daripada kalangan anak muda yang kurang ilmu agama dan pengetahuan mereka kepada agama Islam. Keadaan ini menjadi lebih tidak terkawal apabila media sosial dijadikan sebagai medium untuk melontar idea dan pandangan. Pada waktu yang sama, terdapat kelemahan pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan isu-isu kekeluargaan dan perkahwinan di mahkamah syariah menjadikan liberalisme semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

Justeru itu, jelas menggambarkan liberalisme mahu membentuk masyarakat Islamyang hanya menjadikan agama sebagai budaya yang boleh diketepikan sekiranya ia tidak menepati apa yang dikehendaki oleh arus kemodenan. Hakikatnya, liberalisme pada hari ini lebih cenderung kepada serangan pemikiran terhadap akidah umat Islam untuk dipesongkan daripada landasan kebenaran. Renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Akademika, Bil. 91(1) – UKM