Home Ektremisme/radikalisme AWAS!!! ISRAEL TIDAK PERNAH BERHENTI MENCARI ‘JAMBATAN’ DIPLOMATIK MELALUI AGAMA UNTUK TAKLUKI...

AWAS!!! ISRAEL TIDAK PERNAH BERHENTI MENCARI ‘JAMBATAN’ DIPLOMATIK MELALUI AGAMA UNTUK TAKLUKI MALAYSIA RANCANG MERESAPI PEMIKIRAN RAKYAT MELALUI GEREJA

380
0

Baru sahaja minggu lepas Malaysia digemparkan dengan isu ancaman keselamatan yang melibatkan pasukan MOSSAD-ISRAEL dengan rakyat kita terutamanya yang berbangsa Melayu-Islam. Kali ini, tular sebuah video yang dipercayai dimuat naik oleh ‘Living Bread Church’ yang bertapak di Jurusalem, Israel berkenaan menyeru rakyat Malaysia untuk bersama degan Tuhan Jesus.

‘Living Bread’ merupakan sebuah geraja yang diasaskan oleh missionari Kristian di Israel dan setakat ini telah membuka cawangan di beberapa negara lain seperti West Bank, Gaza dan Kenya. Pengarah Urusannya iaitu John Lee telah banyak mengetuai pelbagai aktiviti sukarelawan di pelbagai negara dengan satu misi iaitu untuk mengkristiankan masyarakat dunia terutaman yang beragama Islam.

Di dalam video tersebut, dipaparkan beberapa orang wakil daripada Living Bread Church, Israel membuat ucapan khusus ditujukan kepada rakyat Malaysia. Antara seruannya adalah:
“Perubahan cara pemikiran rakyat Malaysia! Kerajaan barunya akan bertapak di bumi Malaysia dan kehendaknya akan dilaksanakan di PRU ini dan tiada apa yang boleh menghalang tujuan ini. Tiada apa yang mampu menghalang rancangannya untuk Malaysia. Israel akan memiliki Malaysia…”

“minggu depan, pembaharuan akan berlaku di Malaysia! Pintu akan terbuka dengan luas diantara Malaysia dan Israel. Hubungan ini akan termeterai atas nama Jesus! Amen!”

“Kami ingin menyampaikan kepada Malaysia, kewarganegaraan Israel adalah diterima oleh Tuhan segala Tuhan. Anda telah pon berdiri bersama kami! Tuhan akan menjadikan Malaysia sebagai daya penarik kepada negara lain kerana Malaysia diselimuti oleh kain kebenarannya”

Seruan secara terang-terangan daripada missionari Kristian Israel ini menunjukkan bahawa titik-titik permulaan dan rancangan halus Israel untuk mendekati rakyat Malaysia dan menjalinkan kerjasama diplomatik melalui agama. Kerapuhan anak muda Melayu-Islam dalam berpegang kepada akidah dan pengaruh fahaman liberalisme dalam Islam menjadi satu ruang dan peluang bagi pihak mereka mengisi kelompongan tersebut.

Contohnya, penganjuran perhimpunan terbuka besar-besaran yang dinamakan sebagai ‘Outdoor Crusade’ di kawasan parker Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Fikirkan apa roh semangat yang cuba disemai dalam minda pengikutnya jika semangat ‘crusade’ yang mereka semaikan? Teriakan lirik “We want to take this city (Kuala Lumpur), take it for your (Jesus) glory!” jelas boleh menimbulkan bibit ancaman keselamatan jika terus dipandang enteng oleh pihak bertanggungjawab.

Secara tidak langsung juga, perkara ini juga boleh dianggap sebagai provokasi missionari Kristian terutamanya di Israel terhadap rakyat Malaysia yang sememangya termaktub sebagai negara Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seharusnya, pihak bertanggungjawab perlu ambil cakna dan tindakan sewajarnya dalam memelihara agama Islam di Malaysia agar akidah umat Islam terpelihara dan seterusnya keselamatan negara terjaga dari terus diancam oleh anasir luar terutamanya Israel.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre Malaysia dan Livingbreadchurch.com