Home Syiah KETAKSUBAN SYIAH TERHADAP SAIDINA ALI MEMBAWA KESESATAN PADA AKIDAH

KETAKSUBAN SYIAH TERHADAP SAIDINA ALI MEMBAWA KESESATAN PADA AKIDAH

252
0

Syiah tercipta dari pemikiran taksub terhadap Saidina Ali dan Ahlul Bait (isteri, anak dan cucu keturunan Baginda SAW). Selain itu, mitos dan penisbahan terhadap ulama Ahlul Bait juga turut menjadi faktor kekuatan Syiah untuk memanipulasikan pemikiran umat Islam yang lain. Ketaksuban tersebut sehingga mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW yang lain menyerlahkan lagi bagaimana intipati akidah dan amalan mereka yang jauh terpesong dari Islam.

Justeru, dalam menangani virus Syiah perlulah didalami akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan mengkaji kitab-kitab yang dikarang oleh ulama Syiah. Hasilnya jelas bahawa Syiah adalah salah satu fahaman yang menyeleweng dari ajaran Islam. Bahkan ia menjadi ‘duri dalam daging’ kepada umat Islam itu sendiri. slogan ‘Cinta Keluarga Nabi SAW’ atau ‘Islam Yang Sebenar’ hanyalah ‘topeng’ bagi mempengaruhi pemikiran masyarakat.

Kesimpulannya, tetaplah berpegang teguh dengan akidah ASWJ, mantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, nescaya terhindar dari anasir-anasir yang menyesatkan sepertimana Syiah. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfal, ayat 29:

Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) Yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, danmenghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah(sememangnya) mempunyai limpah kurnia Yang besar”

Sumber: Kertas Pembentangan Majlis Penjelasan Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan