Home Ajaran Sesat AJARAN SESAT PANJI GUMILANG – PONPES AL- ZAYTUN SEBAGAI PLATFORM MENDOKTRINKAN PEMIKIRAN...

AJARAN SESAT PANJI GUMILANG – PONPES AL- ZAYTUN SEBAGAI PLATFORM MENDOKTRINKAN PEMIKIRAN EKSTREMIS

553
0

Pondok Pasentren al-Zaytun adalah sebuah pusat pendidikan yang memfokuskan hal-hal agama Islam seperti mana ‘pondok’ di Malaysia. Malah pasentren ini merupakan pasentren terbesar di Asia Tenggara. Beberapa bulan lepas baru sahaja kecoh dengan upacara ritual ‘salam yahudi’ oleh pengasasnya iaitu Panji Gumilang yang menyeru pengikut pasentrennya menyanyikan ‘Havenu Shalom Alachem’. Hal ini menjadi kontroversi berikutan nyanyian tersebut adalah menjadi adat golongan Kristian.

Jika disoroti pengasasnya, Panji Gumilang, merupakan antara bekas pemimpin utama sebuah kumpulan militan di Indonesia yang dikenali sebagai Negara Islam Indonesia (NII). NII merupakan kumpulan radikal yang pernah dipimpin oleh Abdullah Sungkar yang kemudiannya membentuk Jemaah Islamiyah (JI), bezanya NII tidak menggunakan pendekatan terrorisme, namun NII di bawah pimpinan Panji Gumilang mendoktrinkan pemikiran anggota-anggota yang direkrut dengan dasar-dasar militari serta kebencian terhadap negara.

NII ini dikatakan sesat kerana mereka mengkafirkan orang lain yang tidak mengikut ajarannya. Selain itu, mereka juga mentafsir ayat al-Quran mengikut tafsiran tersendiri. Maka tidak hairanlah jika Pondok Pasentren al-Zaytun sering dilanda kontroversi dengan pengamalan yang pelik-pelik sedangkan memang benar mereka sebenarnya adalah di jalan yang sesat.

Dipercayai rakyat Malaysia turut ramai terlibat sebagai pengikut di pondok al-Zaytun ini, bahkan tedapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang menyokong penuh fahaman ini. Serangan yang berlaku di Patani juga sehingga terbunuh askar-askar di Thailand dipercayai adalah pengaruh daripada Pondok al-Zaytun.

Perkara ini adalah amat bahaya jika tidak ada pantauan dan tindakan dari kerajaan Malaysia. Pengasasnya Panji Gumilang yang berlatar belakangkan ideologi kumpulan militan dikhuatiri mampu mempengaruhi pengikut-pengikutnya yang akhirnya bukan sahaja mencetuskan fahaman sesat yang bertentangan dengan syariat, malah dikhuatiri berani bertindak melakukan tindakan terorisme di Malaysia.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JUL 2023, Republika News – JUN 2023 dan Jurnal Episteme, Vol. 10 (1)