Home Syiah PEGANGAN AKIDAH SESAMA GOLONGAN SYIAH SENDIRI BERBEZA MALAH BERPECAH PULA KEPADA BEBERAPA...

PEGANGAN AKIDAH SESAMA GOLONGAN SYIAH SENDIRI BERBEZA MALAH BERPECAH PULA KEPADA BEBERAPA KUMPULAN MEMBUKTIKAN SYIAH FAHAMAN SESAT

374
0

Dalam kalangan golongan Syiah, mereka berselisih pendapat sesama sendiri sehingga berpecah kepada beberapa kumpulan. Hanya pandangan mereka terhadap Saidina Ali r.a yang sama, namun akidahnya berbeza-beza. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perpecahan golongan Syiah. antaranya adalah:

Prinsip ajaran Syiah itu sendiri yang bersifat ekstremis sehingga meletakkan taraf kemaksuman (tiada dosa) bagi Imam mereka. Mereka juga bersikap keterlaluan dalam mengkafirkan Para Sahabat Nabi SAW (Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Uthman r.a) atau keterlaluan dalam mengkafirkan pihak yang berselisih fahaman dengan kumpulan mereka

Faktor kedua adalah faktor politik iaitu perwarisan jawatan Imam atau pemimpin tertinggi umat Islam. Mereka berselisih pendapat tentang siapakah yang mewarisi ‘Imamah’ dalam kalangan keturunan Saidina Ali r.a. Justeru itu, para ulama membahagikan mereka kepada empat kumpulan besar mengikut akidah dan pegangan setiap golongan berkenaan iaitu al-Zaidiyyah, al-Imamiah atau Imam Dua Belas, al-Kaisaniah dan Ghulat (pelampau).

Berdasarkan faktor-faktor tersebut, jelaslah bahawa Syiah adalah salah satu fahaman pemikiran yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Bahkan ia menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Islam sendiri. Disebabkan mereka memakai ‘topeng’ Islam, ia mendorong umat Islam lain yang lemah imannya untuk sama terpengaruh dengan ajaran songsang tersebut. Syiah sendiri mengaku mereka adalah kumpulan pengikut dan penyokong Saidina Ali r.a, namun asas ini kemudiannya disulami dengan unsur fanatik, penisbahan dan modifikasi yang dilihat bersesuaian dengan zaman dan kepentingan tertentu. Maka elemen inilah menjadikan Syiah sebagai kumpulan pelampau agama.

Sumber: Bahaya Penyelewengan Syiah –Kertas Pembentangan sempena Majlis Penjelasan Fatwa