Home MURTAD AWAS NOMAD AGAMA!!! DEMI KUASA, HARTA DAN KEMAHSYURAN DIRI, AGAMA DIJUAL MARUAH...

AWAS NOMAD AGAMA!!! DEMI KUASA, HARTA DAN KEMAHSYURAN DIRI, AGAMA DIJUAL MARUAH ISLAM DIGADAI

369
0

Gaya hidup yang tidak memberi penekanan terhadap agama mendedahkan seseorang umat Islam kepada kerapuhan iman. Akhirnya keyakinan kepada Allah itu akan terhakis dan kemuncaknya membuat keputusan untuk keluar daripada agama Islam akibat terlalu terpengaruh dengan anasir-anasir lain yang dirasakan lebih menguntungkan dirinya. Kuasa, harta dan kemahsyuran adalah antara tiga ujian yang biasanya boleh menggegarkan keimanan seseorang dan menjuruskan ke lembah kemurtadan jika gagal ditangani berlandaskan pegangan akidah yang kuat.

Kisah-kisah berikut adalah antara kisah mereka yang sanggup menggadaikan agama Islam demi mencapai kepentingan diri. Antaranya ialah Ayaan Hirsi Ali, seorang figura besar yang anti-Islam. Hanya dengan menggunakan label ‘ex-Muslim’ dan disulami dengan kisah dipaksa berkahwin dengan lelaki Muslim lain sehingga diugut bunuh oleh keluarganya yang beragama Islam, Ayaan kemudiannya telah menjadi tokoh antarabangsa berkenaan polisi anti Islam, dijemput menjadi pengkaji Stanford dan memegang jawatan dalam Parlimen Belanda, biarpun dia tidak pernah memiliki sebarang pendidikan tinggi berkenaan Islam. Malah, keseluruhan ceritanya juga adalah satu penipuan semata demi memperoleh perlindungan politik Belanda dan mempromosikan dirinya sebagai rujukan anti-Islam. Dengan kuasa dan pengaruhnya, Ayaan telah mengeluarkan banyak penulisan-penulisan yang mengkritik Islam, antaranya sebuah buku bertajuk, Nomad: From Islam to America.

Kisah seorang remaja wanita Arab Saudi, Rahaf Mohamed juga dahulu pernah menggegarkan dunia. Dia dikatakan melarikan diri daripada keluarganya sewaktu percutian mereka di Kuwait ke Thailand, merayu meminta tolong di media sosial. Kisahnya ini telah mendapat liputan media di negara Barat dan kemudiannya telah ditawarkan sebagai pelarian kelas pertama oleh Kanada. Rahaf telah diberikan layanan terbaik di sana dan sibuk dengan pelbagai temu bual dengan pihak media yang akhirnya remaja tersebut telah mengisytiharkan murtad serta memuat naik gambar meminum arak, dan memakan daging babi. Apa yang pelik, pelarian dari Timur Tengah yang menderita akibat perang tidak pula pihak Barat campur tangan, malah memperlekehkan golongan tersebut kerana dianggap penyebab masalah negara,, namun mengapa si Rahfa mendapat layanan ekslusif seperti ini?

Maka ketahuilah bahawa, layanan ekslusif terhadap golongan yang memegang label ‘ex-muslim’ atau telah murtad, adalah satu status yang semakin ditunggagi pada masa ini dengan agenda jelik menjatuhkan imej Islam. Demi kuasa, harta dan kemahsyuran sanggup memanipulasikan fakta demi kepentingan diri. Dikesempatan ini, misionari Kristianisasi bersorak gembira mempunyai ‘produk’ untuk dijadikans ebagai ‘modal’ dalam dakyahnya kepada orang Islam. Waspadalah!!!

Sumber: Fakir Ilmu