Laman sosial ‘Atheist Republic’ merupakan sebuah laman ateis yang paling besar dengan hampir dua juta pengikut. Laman tersebut pernah membuat undian selama seminggu kepada pengikutnya dengan menanyakan soalan ‘adakah Islam agama yang paling teruk?’ Hasilnya memperlihatkan bahawa sebanyak 50 ribu undian, ternyata majority mengundi tidak (65%) berbanding 35% yang mengundi setuju.
Memandangkan bancian ini dibuat oleh laman yang tidak pro-Islam, malah dikenali dengan serangan-serangan terhadap agama, ia menjadi satu bukti kukuh bahawa nyatanya Islam bukanlah agama yang teruk seperti mana persepsi yang selalu dicanangkan sebagai propaganda di dalam pelbagai platform media. Ternyata keputusan data yang diperoleh tersebut telah meruntuhkan percubaan mereka untuk menyebarkan propaganda anti-Islam, bahkan ibarat ‘terkena semula batang hidung sendiri’.
Laman sosial ini yang diasaskan oleh Armin Navabi merupakan seorang ateis murtad yang berasal dari Iran dan sering melancarkan provokasi terhadap agama Islam. Lebih menggemparkan apabila pengaruhnya sampai ke Malaysia dan telah membuat perjumpaan bersama dengan golongan ateis Malaysia di Kuala Lumpur. Namun, ianya dapat dikekang atas usaha dan kerjasama pelbagai pihak demi menjaga agama dan kesejahteraan di dalam masyarakat. Justeru itu, untuk apa mengikut sesebuah fahaman yang tidak pasti asal-usulnya sedangkan Islam telah lengkap ajarannya 1445H dahulu? bukti apa lagi yang dimahukan? Tepuk dada, tanya iman.
Sumber: Fakir Ilmu