Home Ateis KESESATAN FAHAMAN ATEIS!!! MENGABDIKAN DIRI KEPADA HAWA NAFSU SEMATA-MATA TANPA KEYAKINAN TERHADAP...

KESESATAN FAHAMAN ATEIS!!! MENGABDIKAN DIRI KEPADA HAWA NAFSU SEMATA-MATA TANPA KEYAKINAN TERHADAP KEWUJUDAN TUHAN

294
0

Golongan ateis terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama dikenali sebagai ateis baru (new atheists) yang terdiri daripada kalangan penulis buku yang mempromosikan fahaman ateisme. Ciri utama gerakan ateis baru adalah keyakinan bahawa sains mampu menjawab persoalan-persoalan dasar termasuk pertanyaan tentang kewujudan Tuhan.

Kelompok kedua ialah ateis pragmatis. Kelompok ini tetap akan menjalankan ritual keagamaannya meskipun mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Menurut mereka, alam semesta dan kehidupan boleh berfungsi tanpa Tuhan. Namun, ateis pragmatis tidak menganggap agama sebagai sesuatu yang harus dimusuhi. Sebaliknya, agama perlu didekati dan dimanfaatkan.

Hakikatnya, fahaman ateis juga tergolong sebagai salah satu bentuk kesyirikan. Disebalik penolakan terhadap kewujudan Tuhan, golongan ateis telah memberikan sifat-sifat ketuhanan kepada alam. Padahal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu, mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. Akhirnya mereka menyembah dan mengabdikan diri kepada hawa nafsu semata-mata.

Sumber: Fakir Ilmu