Home Syiah KESESATAN SYIAH!!! MENYAMAKAN IMAM-IMAM MEREKA SEPERTI RASULULLAH KERANA APA YANG TERBIT DARIPADA...

KESESATAN SYIAH!!! MENYAMAKAN IMAM-IMAM MEREKA SEPERTI RASULULLAH KERANA APA YANG TERBIT DARIPADA IMAM-IMAM MEREKA DIKATEGORIKAN SEBAGAI AS-SUNNAH

1964
0

Hadis atau as-Sunnah adalah sumber utama yang kedua selepas al-Quran. Menurut ijmak ulamak, umat Islam wajib berpegang dengannya dalam menentukan hukum syarak. Ini bermakna, setiap apa yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W. sama ada melalui perbuatan, perkataan dan takrir (perakuan) adalah dikira as-Sunnah.

Namun, disisi Syiah, as-Sunnah bukan sahaja yang terbit daripada Rasulullah S.A.W., tetapi juga daripada imam-imam mereka yang maksum. Bagi mereka tiada perbezaan sama ada imam-imam tersebut masih diperingkat umur kanak-kanak ataupun dewasa. Oleh yang demikian, mereka menerima apa yang dipanggil hadis “at-Tauqiat” iaitu jawapan bertulis yang dikatakan datang daripada imam kedua belas mereka semasa “Ghaibah Soghra”.

Imam ini dikatakan ghaib ketika umurnya sekitar empat atau lima tahun. Khomeini yang merupakan Imam besar Syiah menyatakan bahawa orang yang layak memerintah umat manusia dalam masa keghaiban imam ialah para ulama Fiqah daripada kalangan Syiah.

Antara syarat perawi hadis ialah mukmin. Mukmin disisi Syiah ialah seorang yang berpegang dengan akidah Imam Dua Belas. Oleh itu, hadis-hadis yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak ada nilai disisi Syiah.

Begitulah pandangan Syiah terhadap as-Sunnah yang dilihat begitu ketara dan jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, sama-samalah kita menolak fahaman Syiah ini.

Sumber: Mengenal Hakikat Syiah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan