Sekiranya diteliti hadis-hadis akhir zaman, didapati antara punca kelemahan umat Islam bukan sahaja datang daripada pihak yang memusuhi Islam, tetapi juga banyak datangnya daripada umat Islam sendiri. Rancangan pihak musuh hanya menjadi lebih mudah dengan kelemahan yang timbul pada umat Islam, bukan kerana kemantapan dan kehebatan konspirasi mereka.
Sejauh mana hebatnya konspirasi Yahudi sekalipun, Nabi SAW sudah mengkhabarkan bahawa mereka kelak akan menjadi lemah dan tidak berdaya. Justeru itu, jangan terlalu terpesona dengan teori konspirasi sehingga mengangkat dan mengagungkan bangsa Yahudi tanpa disedari. Seolah-olah mereka perancang segalanya dan berjaya menguasai dunia. Jangan kita melupakan Allah SWT, Tuhan semesta alam yang lebih berkuasa dan mengatur segalanya.
Menguar-uarkan konspirasi tanpa usaha memuhasabah diri, mengukuhkan iman dan takwa dalam diri umat Islam serta tidak meyakini pertolongan daripada Allah SWT, hanya akan menyebabkan ketakutan dan kegelisahan awam yang tidak perlu. Justeru itu, umat Islam marilah sama-sama bersolidariti bersama saudara Islam di Palestin kerana kejayaan itu pasti milik Islam. Sejauh mana hebatnya konspirasi Israel mempengaruhi negara-negara Barat yang lain, pasti tidak akan dapat menjatuhkan umat dan menghapuskan agama Islam kerana janji Allah itu pasti. Tetaplah teguh dan bersatu-padu demi agama yang dicintai. .
Rasulullah SAW bersabda: “Yahudi akan memerangi kalian, namun kalian akan dapat menguasai mereka sehingga batu dan pokok akan berkata: “Wahai Muslim, ini ada orang Yahudi di belakangku, maka bunuhlah dia” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sumber: Kertas Kajian Institut Kajian Hadis & Akidah – KUIS