Home Ajaran Sesat BAHAYA AJARAN SESAT ANTI HADIS GOLONGAN YANG HANYA MEMPERCAYAI AL-QURAN TETAPI MENOLAK...

BAHAYA AJARAN SESAT ANTI HADIS GOLONGAN YANG HANYA MEMPERCAYAI AL-QURAN TETAPI MENOLAK HADIS DAN MENTAFSIR AL-QURAN MENGIKUT AKAL DAN HAWA NAFSU SEMATA-MATA BERHATI-HATILAH!!!

1051
0

Sesuatu ajaran sesat itu secara jelasnya yang terpesong daripada ajaran Islam yang benar salah satunya berlaku apabila seseorang itu menolak Sunnah Nabi Muhammad SAW. Kebanyakan ajaran sesat tidak menolak al-Quran tetapi menafsir sesuatu perkara berhubung dengan agama dan ibadah (menafsirkan al-quran) dengan cara yang salah kerana berdasarkan akal dan hawa nafsu semata-mata.

Hal ini kerana apabila mereka menolak al-Quran, maka mereka tidak mempunyai sumber lain dan tidak ada orang yang akan mempercayai kata-katanya. Oleh sebab itu, Islam ini mahal kerana al-Quran itu sendiri.

Golongan sesat ini akan menolak Sunnah sedangkan As-Sunnah (hadis) lah yang boleh menafsir serta menterjemahkan al-Quran dengan benar. Jadi mereka menganggap al-Quran ini diturun secara berserakan di atas muka bumi dan dikutip, dibaca, ditafsir serta diamalkan sendiri mengikut cara pemikiran masing-masing. Oleh itu, bagi golongan yang sesat ini menganggap hanya akal yang boleh mentafsir sesuatu maksud dalam al-Quran itu. Sedangkan pada hakikatnya bila kita menyebut golongan yang benar itu mereka adalah ahli Sunnah kerana sifatnya jamaah yang berpegang kepada dua sumber utama iaitu al-Quran dan As-Sunnah yang diwarisi dari generasi ke generasi hinggalah kepada kita hari ini.

Sesungguhnya kewujudan sesuatu ajaran sesat itu adalah akibat bertuhankan akal dan nafsu. Sedangkan prinsip dan asas ajaran Islam telah diletakkan oleh Nabi Muhammad SAW. Formulanya adalah mudah iaitu hanya mengikut kerana golongan yang benar adalah golongan yang mengikuti al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, kewajipan pada kita hanya mengikut disiplin ilmu tersebut dan sebarang tokok tambah berdasarkan akal sehingga boleh membawa kepada kesesatan.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 3 menjelaskan bahawa sesungguhnya ajaran Islam itu telah lengkap sempurna dan tidak sepatutnya dikurangkan dan ditokok tambah. Allah SWT berfirman:

“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …” (QS Al-Maa-idah: 3)

Sumber: Sinar Harian – 23 FEB 2021