Home Kemanusiaan/Motivasi DOA ADALAH SENJATA PALING AMPUH BAGI ORANG MUKMIN : JANGAN BERHENTI BERDOA...

DOA ADALAH SENJATA PALING AMPUH BAGI ORANG MUKMIN : JANGAN BERHENTI BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI P4L3STIN

392
0

Doa adalah tempat di mana kita berhajatkan sesuatu dengan izin dari Allah SWT dan juga tempat berlindung bagi orang – orang yang dizalimi atau tertindas. Melalui doa, nikmat diturunkan dan melaluinya pula murka dihindarkan. Besarnya peranan doa ini kepada para umat Islam terutama di dalam situasi gawat konflik Isr43l – P4l3stin. Rasulullah SAW bersabda:

“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi” (HR Imam Hakim).

Islam agama yang memberikan pentingnya kepada doa sebagai alat kuasa dan perlindungan. Orang yang tertindas sering menggunakan doa sebagai senjata untuk mencari pertolongan dan keadilan. Doa dalam Islam adalah satu bentuk komunikasi antara manusia dan Allah. Ia adalah cara memohon pertolongan, keampunan dan mengungkapkan keperluan. Doa juga mencerminkan keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Oleh itu, jangan pernah berhenti untuk berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan para saudara kita di G4z4 dan diberikan ketabahan dalam mengharungi liku – liku serta cabaran yang hebat dari rejim zi0ni5. Situasi P4l3stin dari dulu kompleks dan kedua-dua pihak dalam konflik ini ada pandangan berbeza. Penyelesaian konflik ini adalah subjek yang terus dibincangkan dalam komuniti antarabangsa, dengan banyak usaha diplomasi dan rundingan dijalankan selama bertahun-tahun untuk mencari penyelesaian yang jelas bagi kedua-dua pihak. Situasi ini masih berterusan dan menjadi satu cabaran besar dalam kestabilan politik rantau Asia Barat dan global secara amnya.

Ingatlah, jangan putus dalam memanjatkan doa kepada Allah SWT agar saudara kita diberi kemenangan di dalam konflik yang tiada henti ini. Ini kerana doa daripada orang Muslimin ini sangat diperlukan oleh saudara – saudara kita di sana dalam membantu menghadapi kekejaman rejim zi0nis laknatullah. Hanya golongan yang zalim takut kepada doa orang yang soleh dan doa orang yang dizalimi. Bagi mereka yang baik, tidak melakukan kezaliman kepada manusia, mereka tidak bimbang terhadap doa keburukan oleh orang lain kerana yang menerima dan memakbulkan doa hanyalah Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

“Takutlah kepada doa orang yang tertindas, kerana tidak ada hijab (penghalang) antara doa dan Allah.” (HR Imam Ahmad).

Sumber: Harakah Daily, 22 Mac 2018 (https://harakahdaily.net/index.php/2018/03/22/doa-baik-dan-doa-keburukan-doa-senjata-mukmin/)