Home Ateis ATEIS SEMAKIN BERANI DAN BIADAB MENYESATKAN UMAT ISLAM

ATEIS SEMAKIN BERANI DAN BIADAB MENYESATKAN UMAT ISLAM

200
0

Ateisme terbina atas asas kebencian dan kebebasan sepenuhnya daripada agama. Ada yang menolak kewujudan Tuhan, ada yang menolak agama dan ada yang menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudanNya.

Realitinya, perkembangan teknologi tanpa batasan dan penggunaan yang tidak terkawal, mampu merosakkan diri dan akidah. Melainkan mempunyai jati diri dan pegangan agama yang kukuh, pasti teguh di jalan Islam yang benar.

Sebagai contoh, dalam paparan laman facebook ‘Ilyas Sahamudin’ didapati acap kali mempromosikan ateis dan menunjukkan rasa bangga sebagai penganut ateis.

Dia malah sering terlihat memuat naik penyataan-penyataan provokasi terhadap masyarakat beragama seperti “religion is only a man made joke that been made in order to see how many stupid would got deceived by it”, “there is no reason that I know of why I had to becoming a religious person. Religion is a total bullshit and only total dumbfuck would believe such nonsense” dan banyak lagi penyataan yang memperlihatkan secara jelas ciri-ciri ateisme.

Sebagai umat Islam kita harus sedar bahawa fahaman ateis ini secara jelas amat bertentangan dengan dasar akidah Islam yang berpaksikan kepada tauhid. Sebagaimana dalam firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Ikhlas ayat 4 bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tiada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan