Home Kemanusiaan/Motivasi ZI0NI5 DALANG DI SEBALIK SERANGAN 7 OKTOBER 2023 KEBENARAN MULA TERSERLAH DENGAN...

ZI0NI5 DALANG DI SEBALIK SERANGAN 7 OKTOBER 2023 KEBENARAN MULA TERSERLAH DENGAN IZIN ALLAH SWT

437
0

Kini dunia sudah mula tahu akan sikap sebenar rejim zi0ni5 yang suka memutar belitkan fakta jenayah perang yang mereka lakukan. Kini mereka sedang ketakutan sehingga sanggup menghantar sebanyak 8,000 permohonan kepada syarikat Meta yang mengendalikan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk memadam segala kandungan berkenaan keadaan sebenar P4l3stin termasuklah lagu – lagu yang mengangkat perjuangan rakyat G4z4.

Alhamdulillah, kini semakin banyak kebenaran terbongkar satu persatu tentang apa yang berlaku di sebalik serangan 7 Oktober lalu. Dalam sebuah laporan media Isr43l, Haaretz mendedahkan tentang siasatan polis negara haram tersebut mendapati helikopter tempur Isr43l melepaskan tembakan ke arah orang awam mereka sendiri semasa berlangsungnya Festival Nova Music di wilayah Kibbutz.

Siasatan terhadap insiden itu mendedahkan sebuah helikopter tempur Isr43l yang tiba di tempat kejadian dari pangkalan Ramat David dikatakan melepaskan tembakan ke arah pejuang H4m4s dan tembakan itu turut mengenai penduduknya. Dakwaan tersebut diperkuatka lagi dengan pendedahan video daripada seorang saksi yang juga pengunjung di festival berkenaan dan merupakan rakyat tempatan yang menyatakan tentera rejim zi0ni5 melepaskan tembakan ke arah beberapa orang awam yang berada disitu.

Sungguh hebat kuasa Allah SWT. Apabila kebanyakan negara – negara dunia menuding jari kepada pejuang H4m4s dan menuduh mereka merupakan dalang di sebalik serangan 7 Oktober lalu hasil propaganda jijik Isr43l, maka Allah menimbulkan bukti – bukti sahih dan konkrit bahawa zi0ni5 laknatullah lah penyebab daripada segala konflik ini sebagai ‘alasan’ untuk mereka mencetuskan operasi genosid ke atas rakyat G4z4.

Kini satu per satu tembelang zi0ni5 dan sekutunya terbongkar dan banyak negara dengan secara rasminya telah memutuskan hubungan diplomatik mereka bersama Isr43l. Teruskan berdoa demi menegakkan kebenaran yang selama ini cuba dipadamkan oleh puak – puak laknatullah. Jangan takut dan jangan gentar! Percayalah Allah SWT sentiasa bersama – sama dengan para hambaNya yang soleh dan berani dalam menentang kebatilan. Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al – Ankabut: 69).

Sumber: Utusan Malaysia (20 November 2023)