Mengikut laporan yang dikeluarkan, jumlah angka korban di G4z4 setakat Jumaat lepas telah pun mencecah 14,532 orang. Itu belum termasuk lagi 7,000 mangsa yang gagal ditemui dengan kebanyakannya tertimbus di bawah bangunan. Sampai bila kekejaman ini harus berlarutan? Sudah sebulan lebih perang konflik di antara Isr4el dan P4l3stin berlarutan dan tiada tanda – tanda untuk berhenti. Hanya gencatan senjata sahaja yang mampu membuatkan rakyat G4z4 dapat menghela sedikit nafas buat sementara. Namun, itu juga dikhianati oleh askar rejim zi0ni5 apabila mereka bertindak menembak curi para rakyat yang sedang berpindah ke sempadan Ramallah, Mesir.
Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi selain berharap dan berdoa agar Allah SWT memelihara dan melindungi saudara seagama kita di sana. Kita juga digalakkan untuk terus memberi tekanan kepada rejim zi0ni5 dan sekutunya agar berhenti menyerang dan melakukan genosid ke atas rakyat G4z4 yang tidak berdosa. Hanya orang buta hati sahaja masih gagal melihat bukti kekejaman Isr4el. Bukan hanya manusia hidup dizalimi, malah beratus mayat mangsa yang mati sejak lebih lapan hari lalu turut menjadi tawanan rejim zi0ni5. Ini dibuktikan apabila 111 mayat warga P4l3stin di dalam Hospital Al-Shifa dan Hospital Beit Hanoun tidak dapat dikebumi selepas kompleks kesihatan itu dikepung kereta kebal dan rejim zi0ni5 sejak 12 November lalu.
Semua mayat mangsa letupan bom, pesakit, kanak-kanak dan bayi yang mati dalam hospital terpaksa disimpan lama berikutan tindakan rejim menghalang serta menembak mati sesiapa sahaja yang dilihat keluar masuk dari kompleks kesihatan itu. Namun mayat semua mangsa terbabit akhirnya berjaya dibawa keluar sebelum dikebumi serentak dalam kubur besar di Al-Nasmawi, Khan Younis di selatan Semenanjung G4z4.
Sedih, marah dan pilu! Namun perjuangan untuk kelangsungan hidup buat saudara kita di G4z4 yang masih berbaki tetap diteruskan. Ayuhlah umat Islam, jangan hanya berjuang separuh jalan. Walaupun banyak propaganda jahat yang cuba menjatuhkan iman kita disiarkan melalui media sosial, tetapi semangat kita jangan luntur. Kita adalah benteng terakhir mereka dalam memerlukan pertolongan. Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain.” (HR Bukhari).
Free P4l3stin3
Taufan4l4qs4
Sumber: Harian Metro (24 November 2023)