Home Ektremisme/radikalisme HIKMAH BERPEGANG PADA SYARIAT!!! MENYANTUNI PARA TAWANAN DENGAN ADAB YANG BAIK MAMPU...

HIKMAH BERPEGANG PADA SYARIAT!!! MENYANTUNI PARA TAWANAN DENGAN ADAB YANG BAIK MAMPU MEMBUKA PINTU HATI UNTUK MENERIMA AGAMA ISLAM

116
0

Islam yang disebarkan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan agama yang ditujukan demi kesejahteraan dan keselamatan seluruh umat sekalian alam. Islam mengajarkan umatnya untuk selalu menegakkan pendamaian di dunia sehingga persaudaraan dapat terjalin dengan erat. Islam juga mengajar bagaimana menghadapi perpecahan dan segala perselisihan yang bermaksud memecah-belahkan umat.

Namun, ada juga persepsi bahawa Islam adalah agama yang jauh dari kata pendamaian. Munculnya pandangan seperti ini kerana mereka berpendapat bahawa jihad menghalalkan segala cara memerangi orang-orang yang memusuhi Islam. Hal ini lebih jelas apabila media melabelkan umat Islam sebagai pengganas melalui filem, drama atau berita. Secara tidak langsung, penonton telah didoktrinkan otaknya supaya bersetuju dengan normalisasi propaganda tersebut bahawa orang Islam adalah pengganas.

Sedangkan dalam Islam amat ditekankan perihal adab termasuklah adab ketika berperang. Islam mendidik umatnya dengan pegangan agama yang tinggi serta meletakkan manusia sebagai makhluk ciptaan Allah SWT cukup dengan akal fikiran. Peperangan dalam sejarah Islam bersifat mempertahankan dan bukan sesekali dalam bentuk menyerang. Oleh sebab itu, ketika tawanan Israel dibebaskan, masyarakat dunia disajikan dengan adegan yang ‘manis’ tatkala para tawanan Israel mengucapkan terima kasih dan saling berpelukan dengan pejuang Palestin. Inilah bukti adab yang diterapkan Nabi Muhammad SAW ketika berperang sekiranya diamalkan pasti mendatangkan keharmonian dan kesejahteraan kepada masyarakat bukan sahaja masyarakat Islam, malah ia menyentuh hati golongan bukan Islam.

Inilah hikmah apabila syariat diutamakan dari kepentingan diri. Menyantuni para tawanan meskipun bukan beragama Islam dengan adab dan kelakuan yang baik biarpun diperangi oleh tentera tawanan tanpa henti, disekat keperluan asasi, difitnah dan lain-lain. Reaksi ditunjukkan di sosial media rata-rata memuji para pejuang Palestin yang membebaskan tawanan Israel dalam keadaan yang baik, malah diakui oleh mereka bahawa layanan yang didapati sangat baik. Bukan itu sahaja, Agensi Perisikan Keselamatan Awam Jepun (PSIA) turut mengumumkan telah mengeluarkan gerakan pejuang Hamas dari senarai organisasi pengganas mereka. Moganya ada lebih banyak hikmah disebalik peperangan ini termasuklah dapat membuka hati golongan bukan Islam terhadap agama Islam, lantas memeluk Islam atas asbab adab-adab yang diterapkan oleh pejuang Islam ketika berperang.

Sumber: Journal of al-Tamaddun: Islamic History and Civilisation –Universiti Malaya