Home Kemanusiaan/Motivasi USAHA MEMBOIKOT BARANGAN ISR43L TIDAK AKAN TERHENTI: MARI BERSAMA MEMARTABATKAN BARANGAN BUATAN...

USAHA MEMBOIKOT BARANGAN ISR43L TIDAK AKAN TERHENTI: MARI BERSAMA MEMARTABATKAN BARANGAN BUATAN MUSLIM

220
0

Tanpa kita sedari, hari ini sudah memasuki hari ke-60 atau dua bulan tepat perperangan di antara rejim zi0ni5 dan pejuang Mujahiddin di G4z4. Dalam masa yang sama juga lah, kita sebagai umat Islam menyahut seruan untuk memboikot barangan keluaran Isr43l dan yang sekutu dengannya. Namun, dalam kita menyahut seruan tersebut, kita mestilah mengimbangi dengan sokongan terhadap produk keluaran Muslim.

Suasana boikot produk Isr43l yang kini begitu serius sehingga mereka kerugian berbilion dollar perlu memberi satu isyarat jelas kepada masyarakat Islam bahawa kuasa membeli umat Islam mesti diberi kepada syarikat milik Muslim dan produk-produk buatan Muslim. Maka para peniaga Muslim harus berusaha memastikan barang-barang jualan di premisnya datang daripada syarikat pemborong Muslim agar amalan urus niaga dapat dijalankan melalui hubungan antara Muslim pada tahap yang paling maksimum. Hal ini kerana para peniaga Muslim dan syarikat pemborong milik Muslim wajib membina rantaian ekonomi Muslim melalui kuasa membeli produk buatan Muslim sendiri sekali gus usaha memperkukuhkan ekonomi umat Islam dapat dipertingkatkan. Allah SWT berfirman:

“Orang yang beriman (lelaki dan wanita) hendaklah saling tolong menolong pada menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sementara mereka pula sentiasa mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka inilah akan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi bijaksana.” (QS At – Taubah: 71).

Agama Islam menekankan perkara halal dan baik (tayyiba) dalam urusan ibadah, apabila umat Islam mengabaikan dua unsur penting ini maka hilanglah nilai ibadah dan keberkatan dalam hidup seseorang Muslim termasuklah hal makanan, pakaian dan tempat tinggalnya. Dengan kempen boikot yang sedang berterusan ini, maka pergunakanlah peluang yang ada untuk memartabatkan barangan buatan Muslim.

Semoga semangat dan suasana Buy Muslim First ini berterusan sehingga perniagaan Muslim menjadi pilihan utama pelbagai agama dan bangsa pembeli seperti yang berlaku di kebanyakan negara yang mana penduduk asalnya yang menjadi pemilik dan penghasil produk dan khazanah negaranya. Umat Islam sepatutnya menjadi pemilik dan penghasil produk-produk utama di negara kita, maka Insya-Allah akan lemah dan hilanglah produk-produk haram dan tidak patuh syariah ini secara perlahan-lahan. Inilah jihad kita, jihad ekonomi, jihad memartabatkan barangan buatan Muslim.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)