Home Syiah AL ANSAR IMAM MAHDI : GERAKAN BERFAHAMAN SYIAH YANG PERLU DIAWASI KERANA...

AL ANSAR IMAM MAHDI : GERAKAN BERFAHAMAN SYIAH YANG PERLU DIAWASI KERANA KESESATANNYA MENGAGONGKAN IMAM MAHDI

182
0

Al Ansar Imam Mahdi adalah sebuah gerakan yang mengamalkan ajaran berasaskan fahaman Syiah. Gerakan ini bukanlah sebuah gerakan baru di Malaysia, malah ianya telah wujud semenjak perkembangan Syiah di Malaysia suatu ketika dahulu. Beberapa siri tangkapan pernah dilakukan berikutan kewujudan hauzah (rumah ibadat Syiah) yang semakin meningkat dan tanpa sembunyi menjalankan aktiviti fahaman Syiah serta mempengaruhi masyarakat awam yang lain.

Meskipun isu tersebut dapat ditangani, kini tular pula beberapa individu yang mengakui daripada gerakan yang sama dan mendakwa bahawa Imam Mahdi telah muncul. Selain itu, mereka telah menyeru kepada masyarakat supaya beriman kepada Imam Mahdi dan meyakinkan bahawa hanya Al Ansar Imam Mahdi yang membawa kebenaran kepada umat Islam.

Hakikatnya, ideologi Syiah terang-terangan jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Tidak perlu tengok perkara-perkara yang terlalu rumit, lihat bacaan dan pergerakan solatnya sahaja atau laungan azannya, semuanya mengagungkan Saidina Ali r.a dan Ahlul Bait termasuklah Imam Mahdi. Malah mengkafirkan para sahabat Nabi SAW yang lain menjadikan apa sahaja gerakan yang mengamalkan fahaman sebegini boleh dikategorikan sebagai ajaran sesat termasuklah gerakan Al Ansar Imam Mahdi.

Justeru itu, berhati-hatilah dalam menerima sesuatu perkara terutamanya apabila melibatkan soal akidah kerana khuatir boleh menyesatkan diri dan orang sekeliling tanpa sedar.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – FEB 2024, Astro Awani – NOV 2016 dan tiktok nzm.