Kristianisasi mula bergerak setelah golongan Kristian mengalami pelbagai kekalahan selama dua abad (1099-1254 M). Mereka mengerahkan segala dana dan usahanya dalam menguasai negara-negara Islam seperti Baitul Maqdis, sekaligus merebutnya dari kekuasaan umat Islam.
Golongan Kristian aktif menggalakkan berlakunya peperangan dan menyebarkan fitnah dalam kalangan kaum muslimin. Tujuannya adalah untuk melemahkan umat Islam. Mereka cuba mewujudkan huru-hara dan kekecohan di dalam masyarakat dengan menyalakan api permusuhan. Antara caranya ialah dengan menyuburkan semangat nasionalisme, kedaerahan dan kesukuan sempit seperti Firaunisme di Mesir, Finiqisme di Syam, Palestin dan Lebanon, Ayurisme di Iraq dan Barbarisme di Afrika Utara.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Kalian pasti akan mengikut sunnah (kebiasaan) orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhab sekalipun, nescaya kalian akan mengikuti mereka”. Lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah mereka Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Maka, siapa lagi?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini jelas memberi amaran supaya umat Islam tidak mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Ia juga bermakna kelemahan akan berlaku sekiranya umat Islam mengambil keputusan untuk mengikuti jejak langkah mereka. Justeru, mereka berjaya bukan kerana kehebatan konspirasi mereka, tetapi kerana kelemahan diri umat Islam.
Sumber: Ensailopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran dan Institut Kajian Hadis & Akidah –Universiti Islam Antarabangsa Selangor