Home Kemanusiaan/Motivasi RAMADAN BULAN PELUANG MERAIH KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT JANGAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN...

RAMADAN BULAN PELUANG MERAIH KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT JANGAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG RUGI

225
0

Bulan Ramadan datang kepada kita untuk mendidik diri agar menjadi seorang yang lebih baik dan lebih banyak beramal kemudian istiqamah dengan amalan yang dilakukan. Bulan Ramadan juga merupakan satu bulan yang dikurniakan hanya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang mana padanya dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka.

Namun, dalam kita teruja melaksanakan ibadah puasa dan ibadah khusus lain, jangan sampai hingga kita menjadi golongan yang rugi di bulan Ramadan. Bagaimana? Antara golongan yang dikategorikan rugi di dalam bulan Ramadan adalah:

1) Golongan yang tidak bersahur. Hal ini kerana mereka akan terlepas doa para malaikat dan terlepas waktu barakah.

2) Golongan yang tidak beristighfar. Rasulullah SAW bersabda:

“Rugilah buat seseorang yang telah masuk ke dalam bulan Ramadan sehingga berlalulah ia sedangkan dosanya tidak diampunkan.” (HR At – Tirmidzi).

3) Golongan yang melakukan maksiat. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. (HR Bukhari).

4) Golongan yang tidak berdoa ketika berbuka puasa. Ini kerana pada waktu berbuka puasa itu terdapat saat doa dimakbulkan oleh Allah SWT.

Justeru, marilah kita bersama – sama memperbaiki diri, memperbanyakkan amal pada bulan yang mulia ini, supaya Ramadan kali ini tidak berlalu dengan perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat dan semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diampunkan oleh Allah SWT.

Sumber: FB Dr. Ahmad Sanusi (https://www.facebook.com/DrAhmadSanusi/posts/golongan-yang-rugi-dalam-ramadanterdapat-empat-golongan-yang-rugi-dalam-bulan-ra/508484707501461/)