Home Ateis ATEISME MUDAH MEMPENGARUHI AKIDAH JIKA TIDAK KUKUH KEIMANAN DI ERA MEDIA SOSIAL

ATEISME MUDAH MEMPENGARUHI AKIDAH JIKA TIDAK KUKUH KEIMANAN DI ERA MEDIA SOSIAL

151
0

Kumpulan ateis kini tidak lagi dimonopoli dan dinisbahkan hanya kepada masyarakat Barat yang telah pun terjangkit sejak awal gerakan ini bermula pada zaman revolusi industri, namun ideologi ateisme ini turut menular pada segelintir umat Islam termasuklah Malaysia. Antara aspek yang penting dalam menyumbang kepada jumlah peningkatan penganut ateisme dalam kalangan umat Islam di Malaysia adalah disebabkan oleh pengaruh kecanggihan teknologi komunikasi.

Jumlah pengikut ateis mengalami peningkatan mendadak disebabkan oleh media sosial yang kesannya boleh memanipulasikan dan mengeksport pemikiran umat Islam ke arah fahaman ateisme. Media sosial memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan ‘virus-virus’ jenayah akidah yang tidak hanya menyerang Islam akan tetapi juga menciptakan kehampaan spiritual di dalam hati manusia kerana ketiadaan rasa penghambaan kepada Tuhan.

Sekiranya pada zaman dahulu kala yang hanya mendapat maklumat daripada buku mahupun penyebaran risalah-risalah secara manual pun sudah tersebarnya ideologi ateisme dalam kalangan masyarakat disamping bertambah jumlah pengikutnya, inikan pula pada era moden yang serba canggih teknologinya, sekiranya tiada asas pegangan akidah yang kukuh maka mudahlah ajaran songsang merangsang minda dan mempengaruhi keimanan. Berhati-hatilah.

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia