Home Kemanusiaan/Motivasi ISU PENANGKAPAN WARGA ISRAEL DI MALAYSIA : MENJAGA KEAMANAN NEGARA MERUPAKAN TUNTUTAN...

ISU PENANGKAPAN WARGA ISRAEL DI MALAYSIA : MENJAGA KEAMANAN NEGARA MERUPAKAN TUNTUTAN AGAMA YANG MULIA

51
0

Malaysia digemparkan dengan satu kenyataan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain tentang penangkapan seorang pendatang haram Isr43l pada 27 Mac lalu. Suspek diberkas bersama – sama dengan enam senjata api di sebuah hotel di Ibu Negara. Menurut KPN lagi, tujuan suspek datang ke negara ini adalah untuk mencari dan membunuh seorang lagi pendatang haram Isr43l dengan alasan perseteruan di antara kumpulan – kumpulan mafia di sana.

Keadaan pada hari ini amat mengerikan. Apatah lagi Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram seperti Isr43l dan rakyat kita juga dilarang berkunjung ke sana. Hal ini berkaitan dengan soal keselamatan rakyat negara ini yang sangat terdedah dengan bahaya yang datangnya dari anasir – anasir luar seperti ini. Walaupun kita mempunyai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang begitu cekap dalam melaksanakan tugas, namun sebagai orang awam kita juga mempunyai bertanggungjawab untuk menjaga keamanan negara kita sendiri.

Allah SWT memerintahkan setiap individu untuk saling bantu membantu antara satu sama lain dalam hal kebaikan, lebih-lebih lagi apabila kebaikan itu turut melibatkan ramai pihak dan menjamin keharmonian masyarakat majmuk dalam negara kita. Oleh yang demikian, konsep yang dibawa ini bertepatan dengan ruh Islami yang seharusnya diterap dan ditanam dalam diri setiap individu Muslim. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (QS Al – Maidah: 2).

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Rosaknya keamanan dan kedamaian di antara kamu (umat Islam) adalah perosak agama.” (HR Abu Daud dan At – Tirmidzi).

Keamanan berkait rapat dengan keimanan sebagai benteng kekuatan dalam hati untuk mencipta dan membina rasa aman serta tenteram daripada segala gangguan sama ada di dunia atau akhirat. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab semua pihak mewujudkan keamanan serta keselamatan atas nama kepentingan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, pentingnya kesatuan dan saling bekerjasama dalam usaha membina, mewujudkan keamanan serta keselamatan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan