Home MURTAD BERBANGGA DENGAN MURTAD DAN MENGAJAK ORANG LAIN MURTAD ADALAH ‘PELAMPAU’ AGAMA

BERBANGGA DENGAN MURTAD DAN MENGAJAK ORANG LAIN MURTAD ADALAH ‘PELAMPAU’ AGAMA

140
0

Sesungguhnya isu murtad merupakan kes yang berat dalam Islam. Sedangkan dalam sistem perundangan Islam telah jelas menetapkan, bahawa apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh. Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah: 217)

Bagaimana pula jika seseorang itu secara bangga mengumumkan kemurtadan mereka dari Islam dan mengajak orang lain untuk menyertai mereka? Mereka ini sebenarnya ‘pelampau’ yang menghina agama Islam. Murtad wajib dicegah bukan dirawat, kerana rawatan hakiki yang layak bagi orang-orang murtad dan tidak mahu bertaubat adalah kematian!

Contohnya dalam kes Sharifah Farleaton (singkatan Lea), yang kini tinggal di Australia, melalui Facebooknya, secara terang-terang mengumumkan dengan bangganya bahawa dia telah murtad bahkan bertindak menghina Nabi Muhammad SAW, menghina agama Islam dan mengajak umat Islam lain supaya turut murtad. Ini adalah suatu perbuatan yang jijik, hina, kesalahan yang serius di sisi Islam dan melampaui batas.

Kes-kes seumpama ini, pihak pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menimbulkan fitnah terhadap agama Islam sehingga boleh merosakkan kerukunan masyarakat. Justeru itu, perlu menjadi iktibar pada semua supaya memastikan akidah sentiasa kekal teguh walau sedang menghadapi pelbagai ideologi yang kebanyakannya mengelirukan, dimanipulasikan yang akhirnya memurtadkan umat Islam.

Sumber: Bayan Linnas Siri ke-55: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan