Home Syiah PENYELEWENGAN AKIDAH SYIAH MENDATANGKAN BAHAYA PADA UMAT ISLAM

PENYELEWENGAN AKIDAH SYIAH MENDATANGKAN BAHAYA PADA UMAT ISLAM

80
0

Umat Islam seharusnya mengetahui bahawa ajaran Syiah sangatlah bahaya dan boleh membawa kepada penyelewengan akidah. Walaupun pengikut Syiah menyembah Allah dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya banyak lagi ajaran lain yang mereka pegang dilabelkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai sesat dan terkeluar dari Islam. Antara kesan buruk dan bahaya mengikut ajaran Syiah ialah:
i. Mensyirikkan Allah SWT;
ii. Berdusta ke atas Rasulullah SAW;
iii. Memfitnah dan mengutuk Sahabat Rasulullah SAW dan isteri Baginda (Aisyah);
iv. Ajaran menyeleweng;

Inilah antara pegangan akidah yang diamalkan dan dipegang oleh penganut Syiah. Ajaran yang dibawa dan dipegang mereka ini berlainan dan tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bahkan menyimpang dari ajaran ASWJ. Syiah yang sekarang bukan seperti Syiah sewaktu zaman Ali bin Abi Talib dahulu yang pada asalnya hanyalah pengikut Ali RA, namun kini telah menjadi satu ajaran agama yang diubah-ubah oleh sesetengan pihak mengikut kehendak peribadi atau kumpulan tertentu. Atas faktor-faktor inilah Syiah dianggap sebagai menyeleweng daripada agama Islam dan terjerumus dalam kesesatan.

Sumber: Islamic Creed Journal