Home Ajaran Sesat GOLONGAN SESAT KELIRU DENGAN HAKIKAT SEBENAR AJARAN ISLAM SEHINGGA MEMPERTIKAIKAN AKIDAH AHLI...

GOLONGAN SESAT KELIRU DENGAN HAKIKAT SEBENAR AJARAN ISLAM SEHINGGA MEMPERTIKAIKAN AKIDAH AHLI SUNNAH

75
0

Meninjau realiti umat Islam dewasa ini, sebahagiannya masih belum memahami hingga terkeliru mengenai hakikat sebenar kesesatan terdapat dalam sesuatu ajaran hingga berlaku tuduh-menuduh dan mempertikaikan akidah serta pegangan masing-masing. Paling menyedihkan, pendukung ajaran sesat berjaya mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk bersama meneruskan kegiatan itu.

Lebih daripada itu, pendukung ajaran sesat sanggup menuduh dan melabelkan orang beriman yang tidak bersama mereka sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenar. Kemelut ajaran sesat ini boleh berlaku apabila umat Islam sendiri jahil terhadap agama dalam kehidupan mereka. Mereka jahil makna iman dan Islam sebenar yang menuntut ketundukan dan kepatuhan penuh tulus semata-mata kepada Allah SWT.

Begitu juga ada umat Islam tidak arif terhadap batas iman dan Islam hingga mendekatkan mereka ke sempadan kesesatan dan kekufuran. Mereka tidak menyedari amalan khurafat dan ajaran sesat bertentangan dengan Islam, sekaligus boleh menjerumuskan seseorang ke kancah kesesatan dan kekufuran.

Justeru itu, setiap Muslim diwajibkan menimba ilmu Islam daripada sumber sebenar. Dalam hal ini terserlah peranan ulama sebagai pewaris Nabi menyebarkan ilmu, di samping menggalas tugas penegak kebenaran dan pencegah kemungkaran seperti diperintahkan Allah SWT.

Sumber: Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu