Home Syiah AWASI TIPU DAYA SYIAH MEMERANGKAP EMOSI UMAT ISLAM AKHIRNYA MEMESONGKAN AKIDAH

AWASI TIPU DAYA SYIAH MEMERANGKAP EMOSI UMAT ISLAM AKHIRNYA MEMESONGKAN AKIDAH

154
0

Sentuhan Revolusi Iran suatu ketika dahulu telah mendorong kesedaran Islam dalam gerakan pelajar dan anak muda. Konsep autoriti ulama dan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Ayatollah Khomeini begitu menggamit perhatian golongan Islamis. Pengaruh ini telah membawa kepada tindakan menghantar pelajar Malaysia untuk belajar di institut pengajian tinggi di Iran, di samping mendapat tawaran biasiswa dari kerajaan republik itu.

Selain itu, Syiah juga semakin aktif dalam menggunakan medium media sosial sebagai alat penyebaran ideologinya. Antara corak perkembangan ideologi Syiah yang diketengahkan adalah keseragaman mesej propaganda, pembinaan imej tokoh Syiah dan politik simpati di Timur Tengah. Media sosial memainkan peranan signifikan dalam membentuk persepsi dan tindakan kolektif terhadap sesuatu perkara. Kelebihan inilah yang dimanfaatkan oleh gerakan Syiah dalam membina imej mereka agar diterima oleh masyarakat. Kebersamaan politik pemimpin Syiah di Iran, Lubnan, Syria, Iraq, Arab Saudi dan Yaman menunjukkan perhubungan Syiah di seluruh dunia sehinggalah ke Malaysia.

Itulah asal-usul wujudnya golongan Syiah di Malaysia kononnya untuk mempertahankan Islam, namun semakin lama watak sebenar Syiah yang mempamerkan akidah berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah terserlah sehingga sesat dari kebenaran Islam sebenar. Justeru itu, jauhilah Syiah dan janganlah terpengaruh dengan ideologi yang digembar-gemburkan kerana asasnya sahaja sudah terpesong. Renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Pengajian Islam, vol. 10 (11)