Home Ajaran Sesat AMALAN SYIRIK DIJADIKAN ‘CONTENT’ DI MEDIA SOSIAL TANDA AKIDAH UMAT ISLAM SEMAKIN...

AMALAN SYIRIK DIJADIKAN ‘CONTENT’ DI MEDIA SOSIAL TANDA AKIDAH UMAT ISLAM SEMAKIN TERANCAM KE ARAH KESESATAN

94
0

Amalan santau dikaitkan dengan warisan kepercayaan orang-orang kepulauan Melayu dalam hubungannya dengan alam ghaib meliputi alam jin dan syaitan. Ianya bertujuan untuk memudaratkan mangsa atas pelbagai motif seperti dendam, khianat, cemburu dan sebagainya. Kini amalan santau ini menjadi lebih ekstrem apabila perbuatan tersebut ditayang secara terang-terangan di media sosial demi meraih populariti di samping mempromosikan perkhidmatan mahupun amalan khurafat tersebut.

Sebagai contoh, dalam tiktok ‘gurumudaoficial’ secara jelasnya perbuatan syirik itu dijadikan ‘content’ untuk mempengaruhi masyarakat menggunakan perkhidmatannya sekiranya ingin ‘bersatu’ semula dengan pasangan yang diinginkan. Disertakan juga testimoni-testimoni kejayaan amalan santaunya untuk meyakinkan masyarakat. Hairannya tatkala melihat terdapat ramai pelanggan-pelanggannya beragama Islam seolah-olah ianya telah menjadi satu normalisasi dalam masyarakat melibatkan diri dalam perbuatan mensyirikkan Allah.

Umat Islam seharusnya sedar bahawa amalan sihir, santau dan seumpamanya adalah perbuatan syirik dan amalan yang dimurkai Allah SWT. Syirik merupakan dosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa mendatangani peramal, lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.” – Hadis Riwayat Imam Muslim

Justeru segala bentuk khurafat sama ada berbentuk amalan dan kepercayaan boleh membawa kepada syirik adalah tertolak dan dianggap bercanggah dengan ajaran Islam. Umat Islam bersama-samalah memperkasakan amalan sebagai manusia yang benar-benar beriman kepada Allah SWT agar tidak terjerumus ke dalam maksiat dan perbuatan dosa yang dimurkai Allah SWT.

Sumber: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Vol.6 (2) dan Majalah i-Fikrah, Keluaran 13- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang