Home Syiah BAHAYA FAHAMAN SYIAH!!!! PERLU DICEGAH SEBELUM IA BERKEMBANG DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

BAHAYA FAHAMAN SYIAH!!!! PERLU DICEGAH SEBELUM IA BERKEMBANG DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

4219
0

Sememangnya pergerakan Syiah sangat merisaukan masyarakat kerana fahaman itu disebarkan secara meluas kepada umum menerusi pelbagai medium termasuklah media sosial, buku, penulisan artikel, novel dan sebagainya dalam mempromosikan fahamannya.

Jika kita menyedari sejarah isu Syiah di negara ini, selepas beberapa individu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pihak berkuasa pada 1997, perkembangan Syiah di negara ini dilihat mula berkembang begitu mendadak terutamanya pada 2000 iaitu selepas beberapa pemimpin mereka yang ditahan dibebaskan.
Ini dibuktikan dengan wujudnya beberapa markas pengajian Syiah (hauzah) di Gombak, Johor Bahru, Pendang, Kangar dan Klang. Kini mereka sedang mengusahakan sebuah pusat pengajian Syiah yang terbesar di Lembah Klang dengan kerjasama usahawan Iran.

Sungguhpun ketika ini gerakan Syiah masih dianggap belum memberi ancaman kepada keselamatan negara, namun kita tidak boleh alpa kerana kita khuatir jika dibiarkan berkembang, kemungkinan pemberontakan tentera Syiah seperti yang pernah berlaku di Yaman satu ketika dulu, boleh berlaku di negara kita ini. Mahukah kita melihat tentera Syiah dibentuk oleh kumpulan Syiah seperti yang berlaku di Yaman dan mereka bangkit memberontak terhadap kerajaan Yaman ketika itu dengan sokongan sebuah negara penaung Syiah? Begitu juga kita tidak mahu melihat perayaan hari Asyura kerana memperingati peristiwa Karbala disambut secara terbuka oleh puak-puak Syiah di negara ini dengan melakukan berbagai acara yang sesat termasuk memukul dan mencederakan diri sendiri yang terang-terang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Oleh itu, ulama dan guru agama adalah bertanggungjawab untuk membongkar kitab-kitab utama Syiah, mengenali perawi dan disiplin ilmu agama Syiah serta menjelaskan kesesatan mereka kepada masyarakat tentang penyimpangan ajaran Syiah itu daripada ajaran Islam yang benar mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, mereka juga perlu menjelaskan kepada masyarakat Islam mengenai bahayanya ajaran Syiah ini kepada akidah, ibadah serta kedudukan umat Islam itu sendiri jika pengaruh Syiah dibiarkan bergerak bebas mengembangkan ajaran mereka di negara ini. Langkah pencegahan perlu dibuat segera sebelum keadaan menjadi parah dan pada ketika itu keadaan sudah terlambat dan pihak kerajaan sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Sumber: Buku ‘Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia’, JAKIM.