Home Kemanusiaan/Motivasi ISU MINGGU SOLIDARITI UNTUK P4L3STIN ANJURAN KPM MENGAPA ADA PIHAK YANG KETAKUTAN?

ISU MINGGU SOLIDARITI UNTUK P4L3STIN ANJURAN KPM MENGAPA ADA PIHAK YANG KETAKUTAN?

212
0

Isu Minggu Solidariti untuk P4l3stin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan institusi pendidikan dibawah kementerian berkenaan bermula 29 Oktober hingga 3 November ini mendapat kecaman dan bantahan dari pelbagai pihak lantaran isu serban dan senapang tiruan yang dikenakan oleh peserta yang terlibat dan kononnya mendatangkan ketakutan kepada murid bukan Islam.

Mengapa ada pihak yang ketakutan? Ketakutan atau ingin ‘menjaga hati’ pihak – pihak tertentu? Sampaikan ada yang memaksa pihak KPM untuk mengenakan tindakan tatatertib dan menilai semula pelaksanaan minggu solidariti terbabit. Seharusnya dalam hal ini, tidak perlu ada pihak yang terasa kerana ini bukan acara mempromosi keganasan melainkan ia sebagai solidariti daripada rakyat bermula dari peringkat kanak – kanak hingga dewasa dalam menyatakan sokongan mereka kepada P4l3stin sebagai tanda saudara seiman dan seagama.

Semua institusi pendidikan mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mengekspresikan solidariti mereka untuk P4l3stin selain menerapkan beberapa elemen ilmiah dan intelektual dalam menyampaikan mesej keamanan. Sekiranya kain serban yang menutup wajah pejuang mujahidin yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu dianggap sebagai suatu yang ganas? Lalu bagaimana pula pemakaian – pemakaian di acara ‘cosplay’ yang sering diadakan di ibu negara yang melibatkan watak – watak yang memegang pedang, senjata – senjata pelik dan termasuk mengenakan topeng yang mengerikan?

Dalam hal ini, KPM disarankan untuk tidak tunduk desakan mana-mana pihak yang mahu membatalkan Minggu Solidariti Palestin yang bermula pada Ahad hingga Jumaat ini. Di saat seluruh negara dan dunia mengecam kekejaman Isr43l, maka tidak ada sebab semua peringkat rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat P4l3stin yang juga ternafi hak pendidikan berkualiti. Sudah terzahir jelas ada pihak yang sedang ‘menjaga hati’ pihak – pihak tertentu dan mereka kini ketakutan.

Kepada pihak – pihak berkenaan, jangan sekat mana – mana institusi pendidikan di bawah KPM untuk menyuarakan solidariti mereka. Itu cara mereka tidak perlu dipertikaikan, artikel ini percaya golongan bukan Islam tidak mempunyai masalah untuk pihak – pihak yang terlibat menyatakan solidariti dengan cara mereka sendiri. Jangan kerana ingin ‘menjaga hati’ dan takut dengan bayang – bayang sendiri, maka hak rakyat negara ini untuk bersolidariti diabaikan.

westandwithpalestine

freepalestine

Sumber: Laporan Berita Sinar Harian (29 Oktober 2023)