Home Ajaran Sesat PEMBENDUNGAN AJARAN SESAT PERLU BAGI MEMELIHARA AKIDAH DAN KEHARMONIAN NEGARA

PEMBENDUNGAN AJARAN SESAT PERLU BAGI MEMELIHARA AKIDAH DAN KEHARMONIAN NEGARA

99
0

JAKIM telah mentakrifkan ajaran sesat sebagai:
“sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah berdasarkan ajaran Islam yang benar, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah’.

Penyebaran ajaran sesat boleh mempengaruhi dan menyesatkan umat Islam di negara ini yang lemah pegangan agamanya. Selain itu, ia juga boleh menghakis perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

Malah ajaran sesat pernah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dalam masyarakat sebelum ini. Sebagai contoh, serangan dan pencerobohan terbesar kumpulan ajaran sesat pernah dilakukan oleh kumpulan Al-Maunah terhadap Kem Batalion Askar Wataniah di Gerik, Perak pada 6 Julai 2000.

Oleh itu, penyebaran ajaran sesat ini perlu dibendung segera supaya pengaruhnya tidak terus berkembang di negara ini. Dibimbangi bukan sahaja memberi kesan yang buruk pada akidah umat Islam, malah akan memberi satu lagi ancaman kepada keselamatan negara ini.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAKIM