Home Ateis PERBEZAAN ATEISME DARI PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM

PERBEZAAN ATEISME DARI PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM

169
0

Pandangan ateisme Barat melahirkan skeptisme iaitu ketidakpercayaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu yang belum tentu kebenarannya. Hal ini cukup terlihat dalam kehidupan masyarakat Barat yang hidup tanpa Tuhan. Berlainan pula dengan perspektif Islam, keyakinan terhadap kewujudan Tuhan dibuktikan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis.

Bukan itu sahaja, ateisme lebih cenderung menggunakan akal emperis berdasarkan fakta dan pembuktian sains. Sebagaimana dikuatkan dengan hujah Stephen Hawking yang mendakwa bahawa untuk mengenal sains maka unsur Tuhan harus dipisahkan. Namun, Islam tidak menafikan Tuhan dalam sains dan ilmu pengetahuan. Apabila akal bekerja sejajar dengan tuntutan-tuntutan wahyu, maka akan terlihat kolerasi yang meyakinkan. Oleh sebab itu, akal dalam Islam menolak ateisme yang beranggapan bahawa Tuhan tidak mempunyai peranan sama sekali terhadap penciptaan alam.

Ateisme dikritik dan ditolak oleh Islam kerana telah melakukan pemaknaan secara sebelah pihak terhadap agama dan keyakinan kepada Tuhan. Oleh itu, umat Islam terutamanya berbangsa Melayu yang semakin ramai berfahaman ateis, mengapa lagi menolak kewujudan Tuhan dan keyakinan terhadap Tuhan sedangkan bukti jelas telah diterangkan di dalam al-Quran dan hadis? renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Kalimah, Vol. 17(1)