Home Ektremisme/radikalisme HAYATI DAN FAHAMI KEPENTINGAN PERPADUAN SUPAYA TIDAK ‘DIJAJAH’ EKSTREMIS KAUM DAN AGAMA

HAYATI DAN FAHAMI KEPENTINGAN PERPADUAN SUPAYA TIDAK ‘DIJAJAH’ EKSTREMIS KAUM DAN AGAMA

155
0

Perpaduan di Malaysia dibentuk hasil tanggungjawab yang dijalankan penuh amanah pemimpin terdahulu yang amat menyedari kepentingan memastikan rakyat berbilang kaum, Bahasa, budaya dan agama hidup harmoni demi kelangsungan sebuah negara merdeka. Kesinambungannya, tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara merdeka ini adalah tanggungjawab setiap warga.

Anak muda hendaklah memahami dan menghayati pentingnya faktor perpaduan dan pentingnya setiap kaum menghargai serta menghormati kehadiran masing-masing, dan pentingnya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menggores perasaan, menidakkan hak sesuatu kaum atau melanggar perkara-perkara asas yang telah dipersetujui semasa penggubalan Perlembagaan Merdeka.

Justeru itu, peliharalah kemerdekaan negara, suara perpaduan yang menyatukan warga dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama sekali dibenarkan untuk dirampas oleh mana-mana pihak kerana tujuan politik sempit jangka pendek mahupun kepentingan sendiri. Masa hadapan rakyat dan negara tidak harus diserahkan kepada kumpulan yang membawa fahaman ekstremis kaum, ekstremis agama demi menjamin negara kekal aman, rukun, makmur dan sejahtera.

Sumber: Sinar Harian