Home Kemanusiaan/Motivasi LARANGAN MELABEL KAFIR HARBI KEPADA ORANG ISLAM

LARANGAN MELABEL KAFIR HARBI KEPADA ORANG ISLAM

134
0

Melabelkan orang bukan Islam sebagai kafir harbi di negara ini pun sudah salah apatah lagi gelaran itu ditujukan kepada sesama orang Islam. Walaupun berbeza ideologi dan pendapat, kita tidak sewenang – wenangnya boleh menjatuhkan hukum kepada seseorang itu sebagai kafir harbi.

Perbuatan kafir mengkafir adalah perkara yang amat dipandang serius oleh syarak. Lebih-lebih lagi jika dilakukan secara membuta tuli tanpa mengetahui kaedah-kaedah syarak dalam menanganinya. Apa yang lebih membimbangkan bila pengkafiran dilakukan terus ke atas peribadi seseorang muslim tanpa sebarang usul periksa. Allah SWT berfirman:

“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.” (QS Al – Ahzab: 58).

Istilah kafir harbi adalah dirujuk kepada golongan orang bukan Islam yang tiada jaminan perlindungan daripada orang Islam dan merupakan golongan yang memerangi Islam dan melakukan kejahatan ke atas mereka.

Jika ingin melihat konteks kafir harbi pada zaman sekarang, maka istilah itu boleh dirujuk kepada kumpulan z!0n!$ dan Isr43l yang memusuhi dan memerangi umat Islam serta mengusirkan mereka daripada tempat kediaman dan tanah air mereka.

Perbuatan melabelkan sebahagian daripada warganegara sesebuah negara dengan label sebegitu merupakan satu perbuatan yang ekstrem dan keterlaluan.

Oleh itu, berhati – hati lah dalam menggelarkan seseorang itu kafir atau murtad kecuali setelah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dan tidak terdapat sebarang halangan. Tidak boleh disandarkan kekufuran kepada seseorang Islam secara peribadi kecuali wajib disertai dengan dalil dan bukti.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan