Home MURTAD MURTAD ADALAH SATU JENAYAH SYARIAH ATAU HAK KEBEBASAN ASASI?

MURTAD ADALAH SATU JENAYAH SYARIAH ATAU HAK KEBEBASAN ASASI?

53
0

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang meletakkan agama sebagai tunjang utama, perlu dikatakan tidak wajar bagi meletakkan agama sebagai pertaruhan yang kononnya dimomokkan sebagai satu diskriminasi sejagat sehingga mampu untuk membawa kepada kegoyahan agama Islam itu sendiri.

Misalnya dalam isu murtad, kebanyakan individu yang memilih untuk keluar daripada Islam adalah golongan muallaf yang mana melibatkan permohonan pengisytiharan status agama untuk kembali kepada agama asal. Permohonan bagi golongan muallaf ini berlaku kerana beberapa faktor namun dominannya adalah kerana untuk berumah tangga kemudian apabila berpisah, itulah yang menjadi asbab bagi mereka untuk tinggalkan agama.

Selain itu, golongan Islam yang berfikiran liberal dan sekular turut dilihat mengambil kesempatan memperjuangkan perkara yang dikatakan sebagai hak kebebasan asasi, sedangkan ia merupakan salah satu daripada senarai Maqasid Syariah yang sepatutnya dipertahankan dan bukanlah sebaliknya yang berlaku.

Isu murtad ini tidak akan pernah selesai selagi masih belum ada peruntukan yang dikhaskan untuk menjadi rujukan badan pelaksana, selagi itulah ia akan menjadi perbalahan dan akan sentiasa dicabar oleh seteru. Namun, keputusan Malaysia memilih untuk meletakkan perbuatan murtad sebagai satu kesalahan jenayah Syariah bukannya hak kebebasan asasi adalah tindakan yang wajar bagi memelihara akidah umat Islam dan martabat agama Islam itu sendiri.

Justeru itu, kerjasama dan gandingan bahu daripada semua pihak adalah diperlukan bagi mengukuhkan pentadbiran hal ehwal agama Islam ini supaya Islam dapat melahirkan umat yang berkualiti dan berkuantiti pada masa yang sama di persada dunia.

Sumber: Jurnal Pengajian Islam – Bil. 16(2) – Universiti Malaya