Home Ateis ATEIS YANG TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN TUHAN TETAPI INGIN MEMBUNUH TUHAN MENUNJUKKAN KEBODOHAN...

ATEIS YANG TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN TUHAN TETAPI INGIN MEMBUNUH TUHAN MENUNJUKKAN KEBODOHAN SENDIRI

20
0

Friedrich Nietzsche, seorang tokoh ateis Barat, dalam sebuah novel falsafahnya bertajuk ‘Thus Spake Zarathustra’, telah mempromosikan kelahiran manusia terhebat bernama ‘Ubermensch’ yang disebut oleh sebahagian pengkaji sebagai ‘Superman’. Manusia ini akan mengganti kedudukan Tuhan yang telah mati dengan memerangi agama Kristian dan agama-agama lain.

Seorang lagi tokoh ateis Barat, Sigmund Freud, menyatakan bahawa agama dan kepercayaan kepada Tuhan adalah ilusi sahaja. Agama juga sekadar untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Malah agama turut diumpamakan seperti penyakit jiwa yang menyerang kanak-kanak.

Berdasarkan pemikiran tokoh-tokoh ateisme tersebut, keracunan pemikiran sebegini merupakan sejarah terburuk dalam kehidupan beragama di Barat, sebelum ia berkembang ke seluruh dunia sehingga kini termasuklah dalam kalangan masyarakat Islam yang semakin meningkat bilangannya terpengaruh dengan fahaman ateisme. Bagi golongan ateis, mereka berpegang kepada slogan “Tiada Syurga, tiada neraka, hanya sains”. Kepercayaan dan pengaruh terhadap agama tidak boleh dibiarkan dan perlu dilawan, dikritik dan dibongkar dengan hujah rasional.

Pemikiran ateis pada abad ini pula seperti dicaknakan oleh Karen Amstrong menyatakan bahawa sekiranya Tuhan belum lagi mati, maka adalah menjadi tugas manusia yang rasional untuk membunuhnya. Hal ini bagi membolehkan manusia menjadi Tuhan. Bukankah ianya satu perkara yang melucukan kerana mereka tidak percaya pada Tuhan, tetapi akhirnya mereka pula yang hendak menjadi Tuhan. Kata Tuhan tiada, namun mengapa ingin membunuh Tuhan? Kata Tuhan hanya ilusi, mengapa beriya-iya nak menghapuskan kepercayaan beragama? Nampak sangat mereka takut dengan bayang-bayang sendiri.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia