Home Ektremisme/radikalisme KONFLIK PALESTIN-ISRAEL BUKAN HANYA KONFLIK AGAMA SEMATA-MATA

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL BUKAN HANYA KONFLIK AGAMA SEMATA-MATA

55
0

Konflik antara Palestin dan Israel telah berlangsung beberapa dekad dan sehingga kini seramai 40,139 orang terkorban dengan 92,743 individu lain mengalami kecederaan. Lebih separuh daripada jumlah mangsa terkorban adalah wanita dan kanak-kanak. Apa yang dilihat dari mata kasar, mangsa yang menjadi korban adalah rakyat Palestin dan beragama Islam.

Sedangkan, warga Palestin yang menganut agama lain seperti Kristian, Druze, Yahudi anti-Zionis turut terkorban dari tindakan kekejaman Israel ini, Oleh itu, perang Palestin-Israel tidak boleh dilihat sebagai konflik agama semata-mata, sebaliknya perlu difahami sebagai masalah politik dan kemanusiaan lebih mendalam.

Kuasa Barat terus mencipta naratif-naratif palsu dengan menyebut tindakan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan pejuang Palestin perlu disangkal dan dikritik. Realitinya, tindakan dikatakan keganasan sebenarnya langkah diambil rakyat Palestin mempertahankan kebebasan dan hak tanah mereka yang dirampas.

Sudah terang lagi bersuluh, kuasa Barat sehingga kini menyokong dan berpihak kepada rejim aparteid, genosid dan kejahatan terhadap kemanusiaan jika terus mendukung Israel. Biarpun mereka telah melanggar segala undang-undang di dunia termasuklah hak asasi manusia, kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta lain-lain lagi, namun tetap jua yang dipersalahkan adalah Palestin. Butakah mata kita menutup segala kejahatan rejim Zionis ini?

Sumber: Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam – Universiti Malaya: SEP 2024