Home Liberalisme GOLONGAN LIBERAL BERASA ‘KEBAL’ DENGAN ADANYA PERKARA 1 PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA...

GOLONGAN LIBERAL BERASA ‘KEBAL’ DENGAN ADANYA PERKARA 1 PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT 1948, HAKIKATNYA IA BERCANGGAH DENGAN ISLAM

310
0

Atas slogan kebebasan bersuara sebagaimana termaktub dalam Perkara 1, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, menyatakan “Semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunya pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan”. Justeru mereka menyatakan hak-hak ini perlu diberikan kepada setiap individu atas kapasiti manusia berhak dan bebas memilih.

Dengan menekankan kebebasan memberi pendapat dan menentukan fikiran mereka sanggup menolak suara ulama, malah menyokong padu suara-suara orientalis Barat kerana dikatakan pendapat orientalis Barat lebih kritis dan lebih munasabah mengikut peredaran zaman. Sedangkan mereka bukanlah terdiri dari orang yang benar-benar memahami agama Islam dan tidak mendalami Islam sebaiknya, bahkan hanya pakar sebagai pengkritik yang jahil mengenai Islam.

Seharusnya, hakikat kebebasan dan perjuangannya perlu diperjelaskan dengan terperinci. Kebebasan dalam Islam hadir bersama tanggungjawab yang tersendiri. Walaupun manusia diberikan kebebasan oleh Allah SWT bagi membuat pilihan contohnya dalam hal keimanan tetapi ruang kebebasan itu tidak pula melupuskan perjanjian yang telah dilakukan. Syariat Islam diutamakan, kata-kata ulama dijadikan panduan, kata-kata Barat tidak perlu disematkan. Renung-renungkan.

Sumber: Kertas Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam (IConAIT) 2016, KUIS