Home Ajaran Sesat ADAT DAN BUDAYA BERTENTANGAN DENGAN SYARAK ADALAH KHURAFAT

ADAT DAN BUDAYA BERTENTANGAN DENGAN SYARAK ADALAH KHURAFAT

39
0

Petua, pantang larang, pesanan atau seumpama dengannya adalah panduan berguna yang kebiasaannya diberikan oleh orang tua-tua atau yang lebih berpengalaman tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan kepada generasi seterusnya dan diamalkan secara turun temurun dalam sesebuah adat dan budaya.

Islam adalah agama yang sifatnya membawa rahmat kepada seluruh umat manusia. Antara rahmat yang dibawa dalam agama ini adalah Islam tidak menghapuskan segala adat dan kebudayaan yang telah diamalkan oleh masyarakat setempat sejak dahulu lagi. Malah, Islam tetap meraikan segala adat dan budaya selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran yang di bawa oleh Islam.

Harus beramal dengan petua selagi ia masih berada di atas jalan kebenaran syarak. Antaranya petua tersebut mestilah:

  1. Jauh daripada kepercayaan khurafat dan karut-marut;
  2. Tidak menjadikan seseorang itu berpaling dari keyakinan bahawa segala sesuatu yang berlaku sama ada baik atau buruk adalah dari ketetapan Allah SWT;
  3. Tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah atau perkara yang qat’ie dalam syarak;
  4. Tidak mengubah hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT;
  5. Jauh dari unsur-unsur tilikan atau tenungan; dsb.

Oleh itu, dapat difahami bahawa tidak semua petua dan pantang larang yang masih diamalkan oleh umat Islam hari ini bercanggah dengan syariat Islam. Ia perlulah diperhalusi terlebih dahulu dengan benar mengikut penetapan akidah dan hukum syarak yang sahih. Sekiranya kepercayaan atau amalan yang tidak mempunyai asas agama dan dianggap sebagai sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam ianya adalah khurafat. Mereka yang mengamalkan serta mempunyai kepercayaan terhadap perbuatan khurafat ini telah melakukan syirik kepada Allah SWT.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor