Home Kemanusiaan/Motivasi BERSATULAH DEMI MEMPERTAHANKAN ISLAM!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN PROVOKASI KUMPULAN EKSTREMIS

BERSATULAH DEMI MEMPERTAHANKAN ISLAM!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN PROVOKASI KUMPULAN EKSTREMIS

934
0

Agama Islam sering dipersenda oleh negara luar bukanlah satu hal yang baru, ia sudah berlaku sejak berabad lamanya. Namun, protes penentangan terhadap si pelaku kadang kala dilihat terlalu melampaui batas norma dalam agama Islam dan perkara ini tidak bertahan lama. Apakah jalan terbaik bagi umat Islam untuk terus kekal bersatu dan konsisten mempertahankan kesucian agama ini?

Dalam hal ini, umat Islam dituntut agar sentiasa bersatu dalam mempertahankan agama Islam. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah:

  • Sentiasa berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah serta saling ingat-mengingatkan sesama ummah tentang kewajipan mempertahankan agama.
  • Memelihara maruah agama dengan cara mempraktikkan akhlak dan adab seperti mana yang diajarkan dalam Islam agar umat manusia lain khususnya yang bukan Islam dapat melihat sisi sebenar agama ini.
  • Sentiasa menyampaikan perkara yang benar mengenai Islam namun tidak secara ghuluw. Ini kerana Islam agama yang damai dan bertoleransi serta menghormati agama yang lain.

Oleh itu, umat Islam wajib bersatu atas banyak perkara yang sama dan mengetepikan perbezaan yang sedikit itu kerana umat Islam hanya akan terselamat dari bahaya melalui penyatuan dengan bimbingan golongan ilmuan dan pemikir Islam yang memahami tuntutan dan hakikat ini. Umat Islam juga wajib menyokong apa juga usaha untuk menyatu padukan ummah atas dasar akidah dan wajib mendahulukan sangkaan baik kepada perpaduan ini. Janganlah sesekali terpancing emosi akibat provokasi musuh kerana mereka memang sentiasa menginginkan perpecahan di kalangan ummah dalam agama Islam ini.

Firman Allah SWT:

“Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS Al – Anfaal: 63)

Sumber: Berita Harian “Bersatu kerana akidah jalan menuju syurga” (4 Oktober 2019) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)