Home Kemanusiaan/Motivasi SAMBUTAN PERAYAAN SYIRIK!MENGAPA MASIH ADA ALASAN “SUKA – SUKA”?!

SAMBUTAN PERAYAAN SYIRIK!MENGAPA MASIH ADA ALASAN “SUKA – SUKA”?!

55
0

Perasan ataupun tidak, masyarakat kita kini sudah pun mengikuti perayaan yang bukan datangnya dari kebudayaan Malaysia tetapi perayaan budaya luar seperti Halloween, Bon Odori dan yang seangkatan dengannya. Tahukah kita bahawa perayaan sebegitu haram di sisi Islam kerana terdapatnya unsur – unsur pagan, mistis dan bersifat syirik? Namun, masih terdapat alasan sesetengah yang mengakui bahawa mereka melakukannya dengan alasan “suka – suka”.

Bersusah payah Rasulullah SAW berdakwah bagi membezakan tauhid dan syirik dan Allah SWT menurunkan surah Al-Kafirun bagi membezakan prinsip serta cara beragama antara Muslim dan kafir, ada yang dengan mudahnya menjawab, “ala, kami sambut Hallowen, Bon Odori, pakai topi Santa Claus, pasang Dreamcatcher dalam kereta bukannya percaya pun. Saja. Suka-suka.” Begitu rapuhnya iman kita hanya dengan sedikit keseronokan dan kelalaian dunia. Persoalannya, adakah itu cari Nabi dan sahabat? Kedua, apa beza jawapan di atas dengan alasan yang diberikan musyrikin yang menyembah berhala tetapi tidak percaya berhala itu adalah Tuhan tetapi hanya kaedah mendekati dan mendampingi Allah SWT? Allah SWT berfirman:

“Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya.” (QS Az-Zumar: 3).

Jangan sampai satu masa akan ada pula ikut trend memakai tangkal dan meminta pada pokok kemudian memberikan alasan, “ala, ikut-ikut suka suka je. Tak percaya pun tangkal dan pokok boleh bantu.” Ingatlah, agama bukannya sekadar ikut-ikutan apatah lagi mengikut hawa nafsu semata-mata. Agama Islam juga logikal dan praktikal. Agama Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Agama Islam itu mudah bukannya diambil mudah sesuka hati nafsu kita. Firman Allah SWT:

“…bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya.” (QS Al-Jaathiyah:23).

Sumber: Channel Telegram Firdaus Wong Wai Hung