Dalam satu sidang media yang diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang menjadi tentera upahan di Ukraine. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Malaysia (KPN), Tan Sri Razarudin Husain melalui hasil maklumat risikan yang diterima oleh pihaknya.
Tambah beliau, risikan yang dijalankan juga mendapati lelaki berusia 20 tahun itu telah memohon secara dalam talian untuk menyertai tentera Ukraine dan berperang dengan tentera Rusia. Antara faktor yang mendorong lelaki itu untuk menyertai perang di Ukraine adalah kerana minat dalam ketenteraan dan tawaran gaji antara AS400 (anggaran RM1,700) hingga AS2,700 (anggaran RM12,000) sebulan mengikut tahap bahaya di medan perang.
Lihat, bagaimana iman seseorang itu dapat diruntuhkan hanya dengan ganjaran duniawi yang tidak bermakna. Hanya kerana wang dan nikmat dunia, sanggup meninggalkan keluarga tercinta dan mati dengan sia – sia. Rasulullah SAW bersabda:
“Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka tidak dia merasa gembira.” (HR Bukhari).
Memang benar urusan duniawi itu penting untuk kita meneruskan kehidupan. Lalu bagaimana dengan urusan ukhrawi kita? Urusan akhlak dan kemanusiaan? Sanggup dibayar hanya untuk melakukan pembunuhan. Apa yang lebih menyedihkan, sanggup dibayar untuk membunuh jiwa – jiwa yang tidak bersalah, seperti zi0ni$ laknatullah yang mengupah individu – individu dari luar Isr43l untuk menghancurkan P4l3stin.
Ingatlah, ganjaran yang diterima itu hanya sementara, tidak kekal sampai bila – bila. Kita sebagai orang Islam dilarang sama sekali menghambakan diri kepada harta benda dunia. Harta dunia yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah cubaan untuk mengukur iman seseorang hamba terhadap Allah SWT.
Ketahuilah, apabila kita mula menjadi hamba kepada harta dunia, maka rosaklah iman dan akhlak kita sehingga tidak mempedulikan keberkatannya.
Sumber: Laporan Berita Sinar Harian (4 November 2024)