Home Kemanusiaan/Motivasi BERSATU DAN JANGAN BERPECAH BELAH DALAM MEMPERTAHANKAN MARTABAT ISLAM

BERSATU DAN JANGAN BERPECAH BELAH DALAM MEMPERTAHANKAN MARTABAT ISLAM

927
0

Umat Islam diingatkan untuk bertegas dalam mempertahankan agama serta Rasulullah SAW daripada terus dihina. Jangan sesekali mengambil pendirian berdiam diri kerana ia seumpama memaparkan jati diri sebagai seorang yang tiada maruah. Hukum dan perintah agama adalah jelas dan tidak boleh ditokok tambah dan diubah suai mengikut selera manusia itu sendiri atas tuntutan perkembangan zaman mahupun apa juga sebab mengikut logik akal manusia itu sendiri.

Firman Allah SWT:

”Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah redha akan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” (QS al-Maidah: 3)

Jelas di sini, Islam adalah wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya untuk umat manusia hidup berpandukan suatu sistem yang lengkap sehingga memperoleh keredhaan Allah SWT di atas paksi akidah, syariat dan akhlak mengikut pedoman al-Quran dan as-Sunnah. Apabila umat Islam bersatu padu dan mengatur langkah, mereka yang memusuhi Islam akan terkesan dengan sangat dahsyat. Lihatlah bagaimana perpaduan antara kita mampu mengubah dan menguasai keadaan, sehingga berita-berita ini menggegar berita dunia dan menjadi inspirasi umat Islam di luar negara yang lain.

Oleh itu, setiap individu dari umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan sistem Allah SWT di bumi ini. Allah SWT mememerintahkan agar kita menegakkan agama-Nya dan menghindarkan perselisihan yang membawa kepada perpecahan. Justeru, umat Islam juga dituntut agar kekal utuh bersatu dalam mempertahankan martabat kedaulatan Islam agar sentiasa syumul dan mekar di setiap pelosok dunia.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan jangan kamu bertelingkah, nanti kamu akan rosak dan hilang kekuatan. Besabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (QS Al-Anfal: 46)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai…” (QS Ali Imran:203).

Sumber: Laman Web ISMAWEB dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)