Home Liberalisme AWAS DENGAN FAHAMAN ISLAM LIBERAL!!!PENULARANNYA DI NEGARA INI BOLEH MENGUNDANG BAHAYA

AWAS DENGAN FAHAMAN ISLAM LIBERAL!!!PENULARANNYA DI NEGARA INI BOLEH MENGUNDANG BAHAYA

2345
0

Pemikiran Islam Liberal merupakan satu bentuk fahaman yang sering kali meletakkan prinsip kebebasan dan keterbukaan dalam segenap aspek kehidupan sehingga kadangkala melangkaui batasan syariah dan hukum-hakam yang telah termaktub dalam agama Islam itu sendiri.

Kelompok ini seringkali dilihat cukup terkehadapan dalam memperjuangkan isu-isu wanita serta hak asasi kemanusiaan. Pengaruh pemikiran ini dikatakan mula menular dalam kelompok masyarakat Islam di Nusantara termasuklah Malaysia.

Sungguhpun Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah membuat keputusan tentang pengharaman Gerakan Pemikiran Liberal ini kerana didapati menyeleweng daripada aspek akidah dan syariah, namun ia sebenarnyanya masih menjadi satu ancaman dan cabaran kepada umat Islam.

Ciri-ciri pemikiran Islam liberal yang bersifat sekularisme, penolakan terhadap perundangan Islam, penolakan terhadap autoriti keagamaan, kebebasan mentafsirkan teks al-Quran dan melontarkan buah pemikiran mereka sebagai satu keperluan serta pembaharuan dalam Islam walaupun pada hakikatnya sangat menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.

Oleh sebab itu, ancaman pemikiran Islam Liberal ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak demi memastikan kelangsungan ajaran Islam yang sebenar tidak dikelirukan. Pendedahan mengenai penyelewengan fahaman Islam Liberal perlu diperluaskan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam agar tidak terjebak dengan isu-isu yang diketengahkan.

Aliran-aliran seperti ini yang membicarakan soal agama dengan berpaksikan akal serta mengelirukan dalam berhujah mampu memberikan bahaya yang besar kepada umat Islam sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan akhirnya tersesat akidahnya.

Sumber: Journal Sains Humanika, Vol 5, No 3, 2012, Universiti Teknologi Malaysia.