Home islamophobia MALAYSIA SEBAGAI ‘ROLE MODEL’ UNTUK MEMBIMBING ATASI ISLAMOPHOBIA

MALAYSIA SEBAGAI ‘ROLE MODEL’ UNTUK MEMBIMBING ATASI ISLAMOPHOBIA

1393
0

Insiden di Perancis yang melibat seorang pelajar Islam bertindak memenggal kepala seorang guru yang dikatakan telah menunjuk karakatur Nabi Muhammad S.A.W di dalam kelas dan insiden pembunuhan di sebuah gereja yang melibatkan tiga orang awam baru-baru ini yang adalah dua insiden yang didakwa dilakukan oleh orang Islam yang dilabel sebagai pengganas.

Insiden ini telah menimbulkan kebencian masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara majoriti bukan Islam sehingga mereka melakukan tindakan keganasan ke atas orang Islam kerana perasaan benci dan membalas dendam. Masyarakat bukan Islam percaya bahawa Muslim itu cenderung untuk melakukan keganasan serta menolak amalan telorensi, kesamarataan serta demokrasi. Provokasi untuk membenci orang Islam ini menjadi lebih parah bila ada gerakan Islamophobia yang cuba memburuk-burukkan lagi keadaan dan melebel Islam sebagai agama keganasan supaya menimbulkan kebencian masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Sementara itu, tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mempertahankan penerbitan kartun menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W atas alasan kebebasan bersuara turut menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya di Perancis. Sedangkan, insiden yang sama dilakukan juga oleh penganut agama yang lain tidak dihebohkan, malah dipuja dan dianggap sebagai hero. Perkara inilah yang disebut sebagai Xenophobia.

Insiden keganasan atau memburuk-burukkan Islam yang dilakukan oleh orang bukan Islam tersebut adalah antara fenomena Islamofobia yang melanda negara majoriti bukan Islam dan bukan merupakan satu isu yang baru. Orang Islam bukan sahaja diprejudis malah dimanifestasi dalam bentuk diskriminasi harian atau dalam bentuk yang lebih ganas sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan ancaman terhadap perpaduan sosial.

Di Malaysia, takrifan kaum Melayu diikat rapi sebagai seorang yang beragama Islam. Maka tidak hairan kaum Melayu turut terpalit dengan sentimen prejudis dan kebencian terhadap Islam. Namun, sebagai negara yang terkenal dengan keunikan dari segi kepelbagai kaum dan agama, Malaysia masih mampu mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama yang harmoni dan hidup saling bertoleransi antara satu sama lain.

Pada hakikatnya Islam itu tidaklah seperti disangka sebagai pengganas atau ekstremis. Walhal perkataan Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera dan tiada agama yang mengajak penganutnya untuk bersikap perkauman, termasuk agama Islam.

Justeru, Malaysia yang diiktiraf oleh Liga Dunia Islam sebagai ‘role model’ kepada dunia dari segi keharmonian nasional tanpa mengira bangsa dan budaya seharusnya memainkan peranannya dengan lebih agresif dalam menyelesaikan isu Islamophobia ini.

Kerajaan Malaysia boleh menggunakan peluang ini untuk mengembangkan pengaruh, kemahiran serta pengalamannya dalam menstabilkan konflik yang bersifat perkauman di negara majoritinya bukan Islam. Langkah berjaga-jaga dan mengamalkan toleransi terhadap kaum minoriti perlu diambil supaya tiada lagi berlakunya peristiwa berdarah pada masa hadapan dan terhapusnya sifat Islamophobia terutamanya dalam kalangan penganut bukan Islam.