Home Syiah SYIAH MEWARISI DENDAM SEJARAH LAMPAU SEHINGGA SESAT DARI KEBENARAN ISLAM SEBENAR

SYIAH MEWARISI DENDAM SEJARAH LAMPAU SEHINGGA SESAT DARI KEBENARAN ISLAM SEBENAR

32
0

Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas nostalgia lampau yang hanya bermula dari sebuah aliran politik kepartian lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi. Kita semua tidak menyaksikan apa sebenarnya berlaku, hanya catatan sejarah dalam pelbagai rupa. Oleh sebab itu, membaca sejarah Islam memerlukan pengetahuan tentang disiplinnya. Dalam Surah al-Hujrat, ayat 6, maksudnya:

“Wahai orang-orang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”.

Justeru itu, Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah ini dengan Syiah. ASWJ berlepas diri daripada sikap golongan al-Rafidah (Syiah) yang membenci dan mencerca para Sahabat. Mereka juga berlepas diri daripada sikap golongan al-Nasibah yang menyakiti Ahlul Bait dengan perkataan dan perbuatan mereka. ASWJ mengambil sikap mendiamkan diri tentang pertelingkahan yang berlaku antara para Sahabat. Mereka mengatakan bahawa kisah-kisah yang diriwayatkan tentang keburukan para Sahabat, antaranya adalah dusta atau ia sengaja ditokok tambah atau dikurangkan atau diubah daripada ceritanya yang asal.

Atas kedudukan sejarah yang ditokok-tambah itu atau direka berdasarkan keperluan politik, dibina pula pelbagai doktrin dan dogma agama yang lain sehingga Syiah akhirnya lahir menjadi satu mazhab yang besar yang akan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman. Apapun yang berlaku sewaktu ketika dahulu, hari ini Syiah telah wujud. Disebabkan mereka hidup adalah berasaskan warisan sejarah silam, ramai yang menjadi pelampau atas nostalgia semalam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita yang tidak berasas kebenaran Islam sebenar, mereka meriwayatkan sengsara.

Kesimpulannya, mengapa masih lagi terpedaya dengan ideologi sesat yang dibawa oleh Syiah? Ahli Sunnah Wal Jamaah sederhana dalam segala hal. Mereka yang melampau ditolak. Mereka yang tersasul dibetulkan. Mereka yang terikut-ikut, dikeluarkan dari taklid buta. Mereka yang sengaja berdusta ditentang. Mereka yang berijtihad melebihkan Ali a.s mengatasi para Sahabat yang lain tanpa mengkafirkan, itu adalah aliran yang wujud sejak zaman salaf lagi. Mereka yang berpakar dengan musuh menghalalkan darah kaum muslimin adalah musuh umat Islam.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perlis