Home Ektremisme/radikalisme PERISTIWA NAKBA BERULANG!!! ‘GENOCIDE’ DAN PEMBERSIHAN ETNIK ADALAH TANDA SEJARAH BERULANG DI...

PERISTIWA NAKBA BERULANG!!! ‘GENOCIDE’ DAN PEMBERSIHAN ETNIK ADALAH TANDA SEJARAH BERULANG DI PALESTIN

425
0

Hari Nakba adalah merujuk kepada pembersihan etnik Palestin yang dilakukan oleh rejim Zionis selepas mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel pada tahun 1948. ‘Genocide’ atau pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Zionis terhadap rakyat Palestin menggambarkan bahawa penghapusan etnik cuba dilakukan dengan merampas rumah, tanah dan menawan 78 peratus Palestin. Baki 22 peratus dibahagikan pula kepada kawasan yang diduduki Tebing Barat (Fatah) dan Semenanjung Gaza (Hamas).

Hasilnya kumpulan Fatah yang menguasai di Tebing Barat dan kumpulan Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza berkonflik sesama sendiri yang membuatkan lebih hilang perpaduan antara rakyat Palestin dan pada masa yang sama Israel terus melebarkan kawasan taklukannya meskipun telah melanggar segala peraturan peperangan menurut undang-undang antarabangsa.

Terkini, Israel terus melakukan tindakan keganasan ke atas Palestin tanpa henti dan tanpa perikemanusiaan untuk mendapatkan lagi tanah Palestin terutamanya keseluruhan Baitulmaqdis yang mereka panggil sebagai Jurusalem. Meskipun dengan bantuan peralatan ketenteraan udara dan darat yang canggih, amat menghairankan sehingga kini Israel tidak dapat menakluk Palestin sepenuhnya. Secara psikologinya, keegoan Zionis tercalar dan tindakan terorisme terus dilakukan atas rasa ego meski tewas dari segi mental tanpa sedar dan sokongan masyarakat dunia yang semestinya lebih bersimpati dan menyokong Palestin.

Malapetaka seperti inilah yang menunjukkan bahawa peristiwa Nakba itu berulang iaitu untuk menghapuskan warga Palestin dan kekejaman Zionis yang melakukan ‘genocide’ atau pembunuhan beramai-ramai melayakkan mereka digelar sebagai teroris antarabangsa yang paling kejam di dunia. Bukalah mata wahai warga dunia, janganlah mudah terpengaruh dengan propaganda yang cuba diputar-belitkan sedangkan anda jelas melihat kekejaman Zionis yang ‘berhati binatang’.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- OKT 2023 dan Jurnal Komunikasi Media Baharu- USIM