Home Ajaran Sesat FENOMENA TAASUB TERHADAP SESUATU FAHAMAN & INDIVIDU BOLEH MEMBAWA KEPADA PENYELEWENGAN AGAMA...

FENOMENA TAASUB TERHADAP SESUATU FAHAMAN & INDIVIDU BOLEH MEMBAWA KEPADA PENYELEWENGAN AGAMA ISLAM

51
0

Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa fitnah yang berlaku pada akhir zaman antaranya muncul kelompok manusia yang enggan menjadikan sunnah dan ajaran tinggalan baginda SAW sebagai sumber beragama. Baginda SAW turut memberikan gambaran, pada akhir zaman juga akan muncul sekelompok manusia (pendakwah) yang akan menjerumuskan ummah ke dalam api neraka dan kelompok manusia tersebut adalah sebahagian daripada umat Islam sendiri.

Dikenal pasti, antara sebab yang mendorong penglibatan anggota masyarakat dalam ajaran sesat ialah sikap sebahagian mereka yang tidak mempunyai asuhan dan pendidikan agama yang asas. Setelah insaf dan merasakan diri mereka perlu mendekatkan diri dengan Tuhan, mahu mencari jalan pintas untuk ke syurga, lalu mereka bertemu dengan guru-guru tertentu tanpa mengetahui, jauh dari memahami amalan dan ajaran yang dibawa oleh para guru tersebut menyeleweng.

Justeru itu, umat Islam seharusnya menghindari sikap taksub kepada seseorang kerana ketaksuban merupakan unsur terpenting memunculkan dan membantu perkembangan ajaran sesat. Tuntutlah ilmu agama daripada guru-guru dan institusi agama yang bertauliah secara tadabbur (bersemuka). Elakkan terjerumus dengan ajaran-ajaran sama ada kumpulan tarekat atau ajaran kebatinan yang meragukan. Sekiranya terlihat aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebatinan yang meragukan, sila laporkan segera kepada pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia demi membanteras ajaran sesat dan menyelamatkan akidah umat Islam.

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak