Home KRISTIANISASI BAHAYA GERAKAN KRISTIAN – ‘INSIDER MOVEMENT’!!! MELAYU YANG MURTAD TETAPI BERPURA-PURA MENGAMALKAN...

BAHAYA GERAKAN KRISTIAN – ‘INSIDER MOVEMENT’!!! MELAYU YANG MURTAD TETAPI BERPURA-PURA MENGAMALKAN AJARAN ISLAM DAN CUBA MEMPENGARUHI ORANG MELAYU SECARA HALUS SUPAYA MEMELUK KRISTIAN BERWASPADALAH!!!

724
0

Insider Movement atau Gerakan Dalaman adalah dirujuk kepada mereka yang berbangsa Melayu yang telah murtad dari agama Islam, merahsiakan kemurtadannya dan kekal tinggal di dalam keluarga Islamnya. Golongan seperti ini sukar dikesan kerana mereka dicenderungkan untuk berpura-pura seperti masih lagi beragama Islam.

Mereka ini tidak perlu menzahirkan anutan agama baru mereka dengan menghadiri upacara di gereja. Sebab itulah mereka ini turut digelar sebagai penganut Kristian tanpa gereja atau ‘Churchless Christianity’. Hal ini bermaksud secara luarannya mereka ini nampak seperti seorang umat Islam yang lain (sembahyang, menutup aurat, mengaji, puasa dll), namun hakikatnya ia hanyalah topeng untuk mengaburi mata ahli keluarga dan masyarakat.

Sebagai contoh, suatu ketika dahulu terdapat seorang mahasiswi sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Lembah Klang meninggal dunia akibat kemalangan. Apabila diangkat jenazahnya ternampak seutas rantai salib yang terselindung di sebalik tudungnya. Amat menyedihkan apabila ibu-bapanya tidak pernah mengetahui mahupun mengesyaki bahawa anak mereka telah pun dimurtadkan.

Ideologi sebeginilah yang telah diterapkan oleh puak Evangelis kepada golongan ‘Insider Movement’ supaya terus mengekalkan identiti luaran mereka seolah-olah mereka orang Islam. Jika hanya seorang individu mahupun satu keluarga telah murtad menganut agama Kristian dan tinggal di kawasan masyarakat Islam, maka mereka perlu menyembunyikan agama Kristian yang mereka anuti kepada masyarakat kawasan tersebut. Pada masa yang sama mereka cuba menyebarkan agama Kristian kepada masyarakat secara halus.

Dapat disimpulkan bahawa perkara ini bukanlah hanya rekaan semata-mata, tetapi ianya adalah realiti yang pahit yang perlu ditelan oleh masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Tamparan hebat dek kerana realiti ini dan usaha keras puak Evangelis yang telah membuahkan hasil (memurtadkan Melayu Islam) seharusnya memberi kesedaran kepada kita bahawa gejala murtad ini umpama virus bahaya yang sedang menghancurkan masyarakat dan agama Islam di negara ini. Sekiranya tidak dibendung maka kecenderungan untuk merosakkan lebih ramai lagi masyarakat Melayu-Islam adalah tinggi. Lihat sahaja Majalah Christianity Today yang semakin tersebar sebagai bukti gejala kemurtadan yang sedang berlaku di negara ini.

Sumber: akarimomar.wordpress.com